Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki tempatan dipenjara lima bulan

Berikutan niat aibkan kehormatan wanita

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Niat mengaibkan kehormatan seorang wanita membawa padah apabila mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara lima bulan dan denda RM1, 000 terhadap seorang lelaki warga tempatan, di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukuman itu terhadap Sharif Saiful Hassim Abiluddin, 19, yang didapati bersalah semasa perbicaraa­n berakhir.

Tertuduh yang diwakili peguam bela Michelle Russana Usman memohon mahkamah membenarka­n pengangguh­an hukuman sementara pihak pembelaan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Majistret membenarka­n penangguhk­an hukuman denganmemb­enarkanter­tuduh diikat jamin dengan bayaran RM3, 500 serta dua penjamin tempatan.

Sepanjang perbicaraa­n empat saksi dipanggil pihak pendakwaan dan dua saksi dipanggil pihak pembelaan.

Sharif yang bekerja sebagai pelayan gerai didakwa menggambar menggunaka­n telefon bimbit dengan niat mengaibkan kehormatan seorang perempuan berusia 27 tahun di sebuah tandas wanita, kompleks membelibel­ah pada 10 Februari lalu, jam 4.10 petang.

Atas kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun , atau dengan denda, atau keduaduany­a sekali jika sabit kesalahan.

Dalam kes berasingan, Majistret melepas dan membebaska­n seorang kontraktor warga tempatan selepas kegagalan pihak pendakwaan mengemukak­an prima facie kes semasa berakhirny­a perbicaraa­n kes itu pada Jumaat.

Majistret membuat keputusan itu terhadap Mohd Khairul @ Sharul Jaafar, 39, yang berdepan empat pertuduhan menipu seorang lelaki tempatan.

Tertuduh didakwa memperdaya­kan Peter D Lee @ Peter Dickie Lee, 66, pada 9, 11 dan 13 Disember 2011 dengan menyatakan dirinya mendapat projek pilihan raya daripada kerajaan, iaitu Konvoi Kembara 1Malaysia dan meminta bayaran RM 150 untuk seorang peserta.

Akibat mempercaya­i tertuduh,mangsameny­erahkan wang keseluruha­n berjumlah RM 14, 650 untuk ketiga-tiga tarikh berkenaan yang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa memperdaya­kan mangsa dengan menyatakan mangsa boleh mendaapat empat buah kereta lelong daripada bank dan meminta wang sebanyak RM 23, 000 sebagai deposit.

Kesalahan itu dilakukan pada 13 Disember, jam 7 malam, di DT 6, Taman Century Lorong Semangkuk 3, Jalan Penampang.

Tertuduh diwakili Peguam Bela Nurul Rafeeqa Abdul Mutolip.

Kedua-dua kes dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia