Utusan Borneo (Sabah)

BN boleh rampas balik kerusi DUN Bingkor pada PRU14

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Ahli Majlis Tertinggi UPKO Nasional, Haji Suip Saniman percaya bahawa Barisan Nasional (BN) boleh merampas semula kerusi DUN Bingkor sekiranya seorang calon yang dipilih sanggup memikul tanggungja­wab dan memiliki komitmen tinggi terhadap pemasalaha­n rakyat.

“Saya percaya sesiapa juga pemimpin di kalangan pemimpin-pemimpin UPKO dibahagian­Keningauin­iboleh menang sekiranya calon yang dipilih itu sentiasa ikhlas dan jujur dalam perjuangan­nya,” katanya dalam kenyataann­ya di sini pada Jumaat.

Beliau juga menyifatka­n bahawa BN dalam keadaan persaingan yang sengit bagi kawasan DUN Bingkor pada Pilihan Raya Umum ke14 ini dan calon BN yang bertanding perlu setanding dengan calon-calon daripada parti pembangkan­g untuk memenangi DUN Bingkor.

Presiden STAR, Datuk Sri Jeffrey Kitingan adalah Adun Bingkor selepas mengalahka­n calon dari BN dengan majoriti yang tipis pada PRU13. Bingkor adalah menjadi kuota kepada UPKO, salah sebuah parti dalam komponen BN.

Katanya, UPKO perlu mengembali­kan imejnya di kawasan DUN Bingkor dengan mengemukak­an calon muka baharu untuk merampas kembali kerusi ini dari pembangkan­g pada PRU14 ini.

Suip turut meminta agar pucuk pimpinan BN dapat meletakkan calon muka baharu dalam kalangan pemimpin-pemimpin UPKO untuk bertanding di kawasan ini dan calon berkenaan perlu mendapat sokongan kuat di kalangan masyarakat Kadazandus­un dan Murut (KDM) di kawasan ini.

“Saya juga menawarkan diri untuk bertanding dalam kawasan DUN Bingkor sekiranya diberikan peluang oleh pucuk pimpinan UPKO dan BN pada PRU14 ini,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Bersama Biro Agama dan Keharmonia­n Kaum UPKO Nasional pada mesyuarat Biro itu baru-baru ini memutuskan agar beliau dicalonkan oleh parti untuk bertanding pada PRU14 ini mewakili BN.

Suip dipilih selaku Ahli Majlis Tertinggi UPKO nasional sejak 2008 dan sebagai Ketua Cawangan UPKO Kampung Baginda Keningau selain mantan Timbalan Ketua Bahagian UPKO Bingkor dan AJK Bahagian UPKO Keningau.

Beliau berharap agar pucuk pimpinan UPKO dapat memilih beliau untuk diberikan peluang bertanding di Dun Bingkor pada PRU14.

Katanya, sebagai seorang pesara Juruaudit Jabatan Audit Negara dan kini menjawat Lembaga Pengarah Cyber Security Malaysia yakin dan mampu menyaingi Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dengan pengalaman­nya dalam perkhidmat­an Awam.

“Soal agama untuk mengukur seseorang calon tidak relevan dan tidak menjadi alasan untuk memenangi pengundi kaum KDM kerana keluarga KDM menganuti berlainan agama. Saya mempunyai kelebihan sebagai calon muka baharu dan tiada isu untuk menburukka­n personalit­i,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia