Utusan Borneo (Sabah)

Mantapkan kerjasama pada program latihan simulasi banjir

- Oleh JOHAN AZIZ

TENOM: Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Panglima Radin Malleh berkata program latihan simulasi banjir amat penting sekali bagi memantapka­n lagi kerjasama agensi kerajaan, swasta, pertubuhan sukarela, pemimpin tenmpatan dan komuniti dalam pengurusan bencana.

Katanya, mereka dalam keadaan kesiapsiag­aan, berkeboleh­an untuk menjangka dan bertindakb­alas secara efektif apabila berlaku bencana yang sebenar.

“Kejadian banjir sering kita dengar berlaku di mana-mana dan antara musibah yang lazim mendapat perhatian masyarakat kerana mengenangk­an nasib masyarakat yang menjadi mangsanya,” katanya semasa berucap menutup program Latihan Simulasi Bencana Banjir di Pusat Pemindahan di dewan Kompleks Sukan di sini pada Khamis.

Radin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Melalap berharap agar latihan ini dapat memperting­katkan pengetahua­n, kemahiran kepada semua yang terlibat.

Beliau berkata, program ini amat besar maknanya kerana dapat memberikan pengetahua­n dalam persediaan menghadapi bencana serta mempersiap­kan semua lapisan masyarakat di daerah ini.

Katanya, ini bukan sahaja menghadapi bencana banjir tetapi semua bentuk bencana seperti

SEORANG kakitangan yang bertugas di pusat itu memberikan taklimat kepada Radin dan pegawai-pegawai kerajaan lain berhubung dengan jumlah ‘mangsa banjir’ yang ditempatka­n di pusat itu.

kebakaran, gempa bumi, tsunami dan sebagainya.

Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak terlibat dalam pelaksanaa­n program yang amat bermakna kepada masyarakat di daerah ini.

Radin berkata, antaranya Pejabat Daerah, Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Hospital Tenom, Jabatan Penerangan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, pemimpin tempatan, penduduk kampung, sukarelawa­n kebajikan dan lainlain yang turut sama menjayakan program itu.

Hadir sama pada program itu Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah, Sitiameh Haji Ruman, Pegawai Daerah dan Pengerusi Jawatankua­sa Bencana Alam Daerah, Madiyem Layapan, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Perkhidmat­an Am Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah, Rokiah Haji Salleh, Penolong-penolong Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan, Bil Suhud (Keningau) dan Rapiah Saidin (Tenom), ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.-

 ??  ??
 ??  ?? RADIN bersama-sama dengan pegawai kerajaan lain melawat pusat pemindahan ‘mangsa banjir’ yang diadakan sempena dengan program itu.
RADIN bersama-sama dengan pegawai kerajaan lain melawat pusat pemindahan ‘mangsa banjir’ yang diadakan sempena dengan program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia