Utusan Borneo (Sabah)

GDP Keningau rangkul naib johan

Anugerah Gerakan Pengguna Terbaik peringkat kebangsaan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Gerakan Pengguna Daerah (GPD) Keningau yang mewakili negeri Sabah telah memenangi naib johan Anugerah Gerakan Pengguna Terbaik peringkat kebangsaan yang diadakan di Ipoh Perak bulan lalu dan membawa balik hadiah wang tunai RM3,000 berserta sijil dan cenderaken­angan.

Pegawai Daerah Haji Yusop Haji Osman yang mempengeru­sikan Mesyuarat GPD di Bilik Mesyuarat Matulai Pejabat Daerah di sini pada Selasa telah mengumumka­n kejayaan yang amat membanggak­an.

Katanya, GPD ini telah menduduki naib johan dalam Anugerah Gerakan Pengguna Terbaik peringkat kebangsaan yang diadakan di Ipoh Perak bulan lalu di mana Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaik­an anugerah itu.

“Saya mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n kepada semua ahli GPD yang terdiri pelbagai jabatan dan agensi kerajaan kerana telah memberikan komitmen yang tinggi bagi menjayakan program-program kepengguna­an sepanjang tahun ini.

“Antara objektif GPD adalah bagi membincang­kan dan seterusnya mengadakan program yang melibatkan isu-isu kepengguna­an di semua peringkat seperti di sekolah, bandar, mukim dan kampung,” katanya.

Yusop yang juga Pengerusi GPD berkata, semasa pelaksanaa­n program, masyarakat akan didedahkan dengan isu-isu semasa agar menjadi pengguna yang bijak dalam berbelanja dan tidak terpedaya dengan taktik segelintir pihak yang ingin mengambil kesempatan.

Katanya, masyarakat juga sentiasa diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan pembelian melalui internet dan media sosial yang lain sebelum membuat pengesahan dari pihak berwajib.

“Saya turut mengucapka­n terima kasih kepada Bahagian Penguatkua­sa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) bahagian Keningau diketuai oleh ketuanya Gunasegara­n A/ L Krisnan dan pegawaipeg­awainya yang sentiasa memberikan komitmen tinggi terutama sekali memantau harga barang bagi keselesaan pengguna di daerah ini.

“Selain itu, komitmen tinggi KPDNKK yang sentiasa berganding bahu dan bekerjasam­a rapat dengan pihak pimpinan GPD untuk bersama-sama menjayakan aktiviti melibatkan kepengguna­an di daerah ini,” katanya.

Ketua Penguatkua­sa KPDNKK Bahagian Keningau, Gunasegara­n A/ L Krisnan yang menerima anugerah itu di Ipoh memberitah­u bahawa juara anugerah itu dari daerah Dungun Terengganu, naib johan daerah Keningau Sabah sementera tempat ketiga Alor Setar, Kedah.

Sementera itu katanya, Anugerah Kelab Pengguna Sekolah Terbaik dimenangi oleh SMK Bandar Baru Sentul, tempat kedua SMK Taman Inderawasi­h sementera tempat ketiga SMK St Mary.

 ??  ?? YUSOP (duduk tengah) menunjukka­n sijil dan anugerah yang diterima oleh GPD Keningau yang menduduki naib johan dalam Anugerah Gerakan Pengguna Terbaik Kebangsaan. Turut kelihatan Gunasegara­n (dua kiri) dan ahli-ahli Jawatankua­sa GPD selepas mesyuarat itu.
YUSOP (duduk tengah) menunjukka­n sijil dan anugerah yang diterima oleh GPD Keningau yang menduduki naib johan dalam Anugerah Gerakan Pengguna Terbaik Kebangsaan. Turut kelihatan Gunasegara­n (dua kiri) dan ahli-ahli Jawatankua­sa GPD selepas mesyuarat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia