Utusan Borneo (Sabah)

Kakitangan Hyatt berjaya kumpul lebih 100 hadiah Krismas

- Oleh SADDAM EDRI

KOTA KINABALU: Lebih 100 hadiah Krismas berjaya terkumpul oleh kakitangan Hyatt Regency sempena meraikan kanak- kanak yang kurang bernasib baik, bermula Ahad lepas.

Kesemua hadiah berkenaan akan diagihkan kepada 59 kanak- kanak dari San Damiano Convent Kiulu dan Rumah Anak Yatim Jireh Tuaran.

Pengurus Besar Hyatt RegencyKin­abaluThorG­ervasi berkata, acara tahunan itu berjaya memberi kegembiraa­n dan keriangan buat kanakkanak yang diraikan sempena menyambut perayaan Krismas tidak lama lagi.

“Tanggungja­wab Sosial Korporat (CRS) yang masuk tahun kedua kami anjurkan ini bertujuan memberi mereka merasai kegembiraa­n suasana menyambut Krismas dengan mendapat hadiah, makan tengahari beramai- ramai dan menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

“Sudah tentu, kanakkanak ini akan merasakan tidak diabaikan dan menjadi sebahagian komuniti yang diperlukan oleh masyarakat sekeliling sebagai perintis kepimpinan kelak,” katanya ketika ditemui semasa Christmas Joy Charity Party, di sini pada Jumaat.

Tambahnya,Hyattakant­erus menganjurk­anlebihban­yaklagi program berbentuk kebajikan dan kesihatan pada tahun depan sebagai tanggungja­wab mereka terhadap rakyat yang memerlukan.

Sementara itu, Joyner Christina John, 17, dari Rumah San Damiano Convent Kiulu berasa gembira kerana menjadi sebahagian kanak- kanak yang diraikan pada program itu.

Anak bungsu dari lima orang adik beradik yang berasal Kampung Nawoi Tamparuli itu berharap supaya sambutan Krismas tahun ini akan lebih mengeratka­n hubungan sesama keluarga, kawan dan rakyat di sekililing. Turut berkongsi kegembiraa­nialah Angelina John, 11, dari Rumah Anak Yatim Jireh Tuaran yang berharap supaya sambutan Krismas tahun ini memberi kecemerlan­gan akademik buat dirinya.

Gadis kelahiran Kota Belud itu juga menyatakan akan balik ke kampung halaman dalam masa terdekat ini bagi menyambut perayaan Krismas bersama keluarga.

Terdahulu, warga Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) turut hadir menghiburk­an kanak- kanak yang diraikan dengan nyanyian lagu Krismas. Hadir sama ialah Pengurus Besar STB Gordon Yap.

 ??  ?? AKTIVITI mencorakka­n biskut ‘ginger bread’.
AKTIVITI mencorakka­n biskut ‘ginger bread’.
 ??  ?? SANTA menyampaik­an hadiah kepada salah seorang kanakkanak yang diraikan pada program berkenaan.
SANTA menyampaik­an hadiah kepada salah seorang kanakkanak yang diraikan pada program berkenaan.
 ??  ?? JOYNER
JOYNER
 ??  ?? ANGELINA
ANGELINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia