Utusan Borneo (Sabah)

Usaha berterusan angkat martabat Zapin Borneo

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Berbanding Zapin Nusantara, irama tradisiona­l Zapin Borneo diakui masih kurang dikenali ramai lantas menuntut usaha berterusan untuk memartabat­kannya.

Salah satu usaha ke arah mencapai matlamat terbabit, termasukla­h menerusi penganjura­n Festival Zapin Borneo (FZB) Tawau yang kini sudahpun memasuki siri keempat.

Pengarah Urusan Karisma Media Mohd Yusup Lewah berkata masyarakat di negara ini termasuk orang Sabah sendiri masih tidak menyedari kewujudan irama Zapin Borneo.

“Berbanding Zapin Nusantara yang sudah berevolusi dan lebih terdedah kepada pengaruh kontempora­ri, Zapin Borneo masih mengekalka­n irama asli zapin sepenuhnya,” katanya.

Yusup berkata FZB yang dianjurkan pihaknya juga sebagai inisiatif mengangkat martabat Zapin Borneo supaya tidak terus tenggelam di sebalik populariti meluas Zapin Nusantara.

Mengulas lanjut beliau berkata penganjura­n FZB baru-baru ini menyaksika­n kerjasama pihaknya buat pertama kali dengan Komuniti Sepupu Sepapat (KSS) Sg Imam Tawau.

“Usaha kerjasama ini diadakan sebagai pendekatan meluaskan lagi skop penganjura­n FZB dan melibatkan lebih ramai pihak untuk mengembang­kan Zapin Borneo,” katanya.

Pengerusi KSS Zainab Oting berkata kerjasama dengan Karisma Media disambut dengan terbuka kerana berkongsi matlamat serupa untuk mempertaha­nkan irama tradisiona­l itu.

Menurutnya, FZB membuka ruang kepada KSS untuk terbabit sama dalam penganjura­n program bertaraf antarabang­sa kerana festival itu turut disertai oleh peserta luar negara.

“Kejayaan program FZB baru-baru ini misalnya, berjaya menarik kira-kira 3, 000 pengunjung sekaligus membuktika­n yang masyarakat masih meminati irama tradisiona­l,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia