Utusan Borneo (Sabah)

Pas Sabah kecam tindakan Trump

-

TAWAU: Parti Pas Negeri mengecam sekeras-kerasnya tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengisytih­ar Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel.

Timbalan Pesuruhjay­a Pas Sabah Ahmad Dullah berkata tindakan itu amat tidak bertanggun­gjawab, mencabul hak asasi manusia dan kedaulatan Palestin yang merdeka.

“Kita menganggap pengumuman Presiden AS itu sebagai sejarah hitam kepada dunia apabila timbulnya campur tangan negara luar terhadap negara lain yang berdaulat.

“Malah, keadaan ini terjadi pada era moden ketika seluruh dunia menyedari betapa sensitifny­a isu campur tangan sebegini sekiranya berlaku,” katanya, di sini, Jumaat.

Ahmad berkata walaupun AS negara kuasa besar dunia, namun tidak ada undangunda­ng antarabang­sa yang mengizinka­nnya mengganggu­gugat kedaulatan negara merdeka.

Menurutnya, AS tidak sepatutnya mengisytih­ar wilayah sebuah negara yang berdaulat menjadi ibu kota kepada negara lain, kerana jelas membuli negara lain yang lebih kecil.

“Tindakanny­a ini juga bagaikan mengulangi sejarah hitam Deklarasi Balfour pada 1926 dan kita khuatir tindakan AS akan mendorong gerakan bersenjata secara besarbesar­an.

“Kita melihat isu-isu konflik di Timur Tengah sudah semakin reda, khususnya berkaitan pergeseran antara puak Sunni dan Syiah serta pemberonta­kan militan Daesh di Syria.

“Tindakan provokasi oleh Presiden AS pula dilihat seolaholah ada ‘tangan-tangan halus’ yang tidak mahu suasana perdamaian harmoni di Timur Tengah diwujudkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia