Hasil R&D berpotensi harus ada nilai komersil
Institusi pengajian tinggi dan agensi disaran ambil inisiatif lanjut, tidak sekadar jalankan penyelidikan, pembangunan
KOTA SAMARAHAN: Institusi pengajiantinggidanagensinegeri disaran tidak hanya setakat menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) tetapi memikirkan bagaimana mengkomersilkannya.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Sarawak kaya biodiversiti yang boleh dijadikan R&D malah boleh ditambah nilai melalui pengkomersilan.
“Kita mempunyai begitu banyak R&D berpotensi dihasilkan produk atau perkhidmatan tetapi hanya terletak di rak dan almari atau tontontan sahaja.
“Apa harus kita lakukan adalah hasil penyelidikan mempunyai potensi harus kita komersialkan kerana ia dapat memberi manfaat kepada rakyat selain menyumbang kepada perkembangan ekonomi negeri serta negara,” katanya.
Beliau berkata demikian berucap melancarkan Program Persekitaran dan Keselamatan 2017 sempena pelancaran Produk Penutup Mayat atau Dead Body Protector-DBPRO yang dihadiri TimbalanNaibCanselorAkademik dan Antarabangsa Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim di sini, pada Khamis.
Tambah Awang Tengah, sehubungan beliau amat berbangga inisiatif Unimas bersama pihak swasta yang bukan sahaja menghasilkan penyelidikan DBPRO tetapi akan mengkomersilkanya.
Menteri Perindustrian dan Pembangunan Usahawan itu berkata, ia adalah langkah signifikan yang dijalankan Unimas menghasilkan inovasi kreatif.
“Unimas telah mengambil langkah kerjasama dengan JSmat Construction and Services Sdn Bhd dalam tujuan pengkomersilan DBPRO.
“Saya dimaklumkan bahawa kapasiti pengeluaran produk ini telah bermula dan buat masa ini syarikat mampu menghasilkan 5,000 DBPRO. Ia boleh ditingkatkan bergantung kepada kehendak dan keperluan pasaran,” katanya.
Awang Tengah turut menggesa Unimas supaya terus menjalankan lebih banyak R&D dan pada masa yang sama menumpukan cara untuk pengkomersialan hasil mereka.
“Kita berharap Unimas terus menjalankan R&D serta bekerjasama dengan swasta bagaimana untuk
“Kita mempunyai begitu banyak R&D berpotensi dihasilkan produk atau perkhidmatan tetapi hanya terletak di rak dan almari atau tontontan sahaja. Apa harus kita lakukan adalah hasil penyelidikan mempunyai potensi harus kita komersialkan kerana ia dapat memberi manfaat kepada rakyat selain menyumbang kepada negara.” perkembangan ekonomi negeri serta
DATUK AMAR AWANG TENGAH ALI HASAN Timbalan Ketua Menteri
mengkomersialkan hasil-hasil penyelidikan,” ujarnya.
Beliau turut kagum dengan produk hasil UNIMAS itu kerana ia membantu terutama semasa kemalangan jalan raya yang melibatkan kemalangan jiwa dimana mayat mangsa tidak lagi terdedah seperti sebelum ini.
Produk berkenaan amat praktikal dan mempunyai potensi besar di pasaran kerana kini kemalangan jalan raya semakin meningkat termasuk melibatkan jiwa.
“Kadangkala di jalan raya mayat mangsa hanya ditutup dengan surat khabar mahupun kain yang bukan sahaja menyayat hati tetapi kita perlu menghormati mangsa.
“Maka itu dengan DBPRO ia dapat membantu dalam perkara ini, dimana mayat bukan sahaja tidak terdedah tetapi ia menandakan kita menghormati mayat mangsa yang ditimpa kemalangan,” katanya.