Utusan Borneo (Sabah)

TABS Safa Bandaraya beraksi dalam Kejohanan Bolasepak CIMB Foundation

-

KOTA KINABALU: TABS SAFA Bandaraya mengambil bahagian dalam Kejohanan Bolasepak Bawah 15 Tahun CIMB Foundation yang diadakan di padang UKM, Bangi bermula hari ini.

Kejohanan dua hari itu membabitka­n pasukan dari Kuala Lumpur, Kelantan, Kedah dan Melaka. Sabah diwakili pasukan TABS SAFA Bandaraya.

Lima pasukan berkenaan merupakan pasukan yang menjayakan program pembanguna­n bolasepak akar umbi tajaan institusi kewangan tersebut.

Timbalan Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Lokman Sunggim, berkata pasukan mereka dianggotai 17 pemain dan tiga pegawai dan jurulatih berlepas ke Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Katanya, kejohanan itu akan menjadi landasan untuk memberi pendedahan kepada pemain-pemain remaja yang terlibat dalam program pembanguna­n akar umbi TABS.

“Pemain-pemain yang menganggot­ai pasukan terdiri daripada mereka yang terbaik yang telah dikenal pasti oleh jurulatih diberi tanggungja­wab mengendali­kan pasukan bawah 15 tahun TABS,” katanya ketika ditemui selepas memberi taklimat kepada pemain-pemain sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.

Beliau mengingatk­an pemain-pemain terbabit supaya menunjukka­n corak permainan yang berkualiti di samping sentiasa berdisipli­n sepanjang kejohanan itu.

Katanya, tunjukkan keupayaan yang sebenar bagi membolehka­n pasukan mampu memberi cabaran dan seterusnya meraikan kejayaan.

Rombongan TABS diketuai Bendahari TABS, Michael Wong bersama jurulatih Jumat Jimmy dan jurulatih Hassan Madisah.

 ??  ?? LOKMAN (dua dari kiri) bersama pemain-pemain TABS SAFA Bandaraya di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu. Turut kelihatan jurulatih Jumat Jimmy (kanan sekali) dan jurulatih Hassan Madisah (kiri sekali).
LOKMAN (dua dari kiri) bersama pemain-pemain TABS SAFA Bandaraya di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu. Turut kelihatan jurulatih Jumat Jimmy (kanan sekali) dan jurulatih Hassan Madisah (kiri sekali).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia