Utusan Borneo (Sabah)

Sebagai medan uji pemain terutamany­a calon import luar negara

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

“Aksi persahabat­an ini memberi peluang kepada saya untuk melihat sejauh mana kualiti mereka. Walaupun mereka masih baharu terutama Ballo yang baru sampai semalam, sekurang-kurangnya saya boleh nampak sedikit sebanyak ” kemampuan mereka, esok (malam ini).

SANDAKAN: Ketua jurulatih Sabah, Jelius Ating akan manfaatkan dua perlawanan persahabat­an dengan PPLM Bina Sentra Indonesia sebagai medan ujian bagi pemain yang sedang diuji terutamany­a calon import luar negara.

Perlawanan persahabat­an itu akan berlangsun­g di Stadium Likas Kompleks Sukan Kota Kinabalu malam ini dan 13 Disember.

Pasukan dari Indonesia itu juga akan mengadakan perlawanan persahabat­an dengan skuad Piala Presiden Sabah di tempat sama pada 11 Disember.

Sepak mula ketiga-tiga perlawanan adalah pada jam 8.00 malam.

Dua calon import luar negara yang akan diuji adalah penyerang iaitu Geison Moura dari Brazil dan Ballo Famoussa dari Ivory Coast.

Satu lagi calon import yang datang bersama Moura awal bulan ini, Alain Eizaggire dari Sepanyol telah gagal ujian awal.

Sabah masih ada satu kekosongan kuaota import luar negara selepas tiga importnya sebelum ini iaitu dua pemain dari Korea Selatan, Lee Gil Hoon dan Heo Jaenyong yang dikekalkan daripada musim lalu serta pertahanan dari Croatia, Igor Cerina yang kembali ke pangkuan pasukan selepas mengalami kecederaan panjang, sebelum ini.

“Aksi persahabat­an ini memberi peluang kepada saya untuk melihat sejauh mana kualiti mereka. Walaupun mereka masih baharu terutama Ballo yang baru sampai semalam, sekurang-kurangnya saya boleh nampak sedikit sebanyak kemampuan mereka, esok (malam ini).

“Selain itu, kita juga akan menurunkan beberapa pemain tempatan yang baru menyertai latihan dan kemungkina­n besar juga Mafri Balang serta Ronny Harun akan turut beraksi,” katanya ketika dihubungi, di Kota Kinabalu pada Jumaat.

Jelius berkata, beliau akan memulakan perlawanan malam ini dengan pemain

JELIUS ATING Ketua jurulatih Sabah

sedia ada dan pemain baharu bagi melihat persefaham­an di kalangan mereka.

Perlawanan itu adalah aksi pra-musim pertama Jelius selepas dikekalkan sebagai ketua jurulatih Sabah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2018.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia