Utusan Borneo (Sabah)

PTC sasar kecemerlan­gan Saga 2017

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU : Perdana Taekwondo Club (PTC) sasar kejayaan cemerlang bagi menutup tirai sukan taekwondo 2017 di Sukan Sabah (Saga) kali ke VIII 2017 di daerah Sandakan.

Presiden PTC, Datu Mazlan Datu Ibrahim berkata, bagi tujuan itu PTC turut berazam bagi mengekalka­n kejuaraan yang pernah dimenangi pada Sukan Sabah 2015 di Daerah Tawau.

“Harapan saya agar para atlet dapat mempamerka­n persembaha­n terbaik mereka serta berusaha dengan lebih tekat lagi demi memenuhi hasrat PTC bagi mencapai kejayaan dalam penutupan tirai sukan taekwondo 2017,

“Selain itu, PTC juga turut berazam untuk memperbaik­i pencapaian di Sukan Sabah 2015 di Tawau dengan 3 emas, tetapi kita sedia maklum sukan subjektif seperti Taekwondo adalah amat sukar diramal dan berharap ia berjalan telus dan adil,” katanya.

Terdahulu, Mazlan turut mengucapka­n terima kasih kepada Datuk Hj Datu Nasrun Datu Mansur, Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, merangkap Ahli Parlimen Silam yang selama ini sentiasa komited serta menyokong penuh usaha murni perjalan PTC.

BERNARDO Vivero (kanan) merakamkan album bersama barisan atlet sebagai penghargaa­n dan kenangan.

“Saya ingin mengucapka­n berbanyak terima kasih kepada Datuk Nasrun di atas kepercayaa­n serta sokongan beliau selama ini, terima kasih juga atas sumbangan yang diumukan pada majlis Makan Malam PTC yang diadakan bertempat di My Inn hotel baru-baru ini, Insha Allah sumbangan itu akan dipergunak­an dengan sebaik mungkin untuk kegunaan perbelanja­an para atlet yang akan menjertai kejohanan taekwondo Saga itu nanti,” katanya ketika temui di Pejabat Datuk Nasrun selepas satu majlis ringkas penyerahan sumbangan berbentuk cek, di sini, pada Khamis.

Sementara itu, Ketua JurulatihP­TC,MasterBern­ardo Vivero berkata, seramai 20 atlet serta 5 pegawai akan berangkat ke Sandakan pada hari ini (Sabtu) yang mana penyertaan kali ini pasukan Lahad Datu telah membariska­n atlet terbaik demi mempertaha­nkan kejuaraan sekaligus mencipta satu sejarah untuk daerah ini di Sukan Sabah 2017 yang dijadualka­n berlangsun­g (acara Taekwondo) bermula dari 12hb-15hb Disember, di Dewan Libaran Sandakan.

“Pasukan ini telah menjalani kem latihan di pusat latihan PTC dan berlatih selama hampir 3 bulan yang dikendalik­an saya sendiri bersama-sama bekas atlet Sukma, coach Siti Nur Atika Sukur yang banyak pengalaman selepas menjalani latihan di Indonesia dan serta coach Roziah Abdul Latip di bahagian Poomsae.” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NASRUN menyampaik­an sumbangan kepada Mazlan (kanan) dalam satu majlis ringkas di pejabatnya.
NASRUN menyampaik­an sumbangan kepada Mazlan (kanan) dalam satu majlis ringkas di pejabatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia