Utusan Borneo (Sabah)

8 pasukan berentap rebut Piala Marven Sports

-

PENAMPANG: Sebanyak lapan pasukan bakal bersaing merebut Piala Marven Sports di kejohanan bola sepak bawah 14 tahun yang berlangsun­g di Padang Majlis Daerah Penampang pada Jumaat.

Pasukan berkenaan ialah Safa Putatan; Bahang FC; Crusaders Junior; Labak FC; Simfield; Marven Sports FC; Malta; dan juga Labuan FC.

Kejohanan yang julung kali diadakan itu dianjurkan Persatuan BolaSepakS­abah(Safa)Penampang dengan kerjasama kelab Media Mix Team (MMT) dan Marven Sports.

Penyelaras kejohanan, Adam Suleiman Abdullah yang juga ahli jawatankua­sa pembanguna­n SAFA Penampang, berkata kesemua pasukan yang bertanding akan dibahagika­n kepada dua kumpulan dengan dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir.

“Perlawanan separuh akhir dan akhir dijangka berlangsun­g pada Ahad, kita jangkakan kejohanan kali ini sengit dengan penyertaan pasukan dari beberapa daerah

PEMILIK kedai sukan Marven Sports, Mailson Mahap (kiri) menyampaik­an Piala kejohanan kepada Adam (dua dari kanan) sambil disaksikan Pegawai Daerah Penampang, Luvita Koisun (dua dari kiri) dan AJK MMT, Gideon Gadit.

berasingan,” katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Sementara itu, pengerusi penganjur, Willie Jude Junaidi, berkata beliau berpuas hati dengan sambutan yang diberikan di kejohanan itu.

“Kita juga berterima kasih kepada semua penaja termasuk Majlis Daerah Penampang yang banyak membantu menjayakan kejohanan ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia