Utusan Borneo (Sabah)

Piala Super kejohanan pertama di Stadium Nasional selepas diubah suai

-

KUALA LUMPUR: Piala Super Boost SportsFix adalah kejohanan bola sepak pertama bakal berlangsun­g di Stadium Nasional Bukit Jalil yang baru diubah suai, pada Januari tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia Azman Fahmi Osman berkata kejohanan berkenaan akan menampilka­n tiga kelab profesiona­l - Kelantan FA dari Malaysia, Persija Jakarta (Indonesia) dan Ratchaburi FC (Thailand).

Kejohanan itu menggunaka­n format ‘round-robin’, dengan perlawanan pertama melibatkan pertemuan Ratchaburi FC menentang Persija Jakarta pada 13 Jan, diikuti Kelantan FA berdepan Persija Jakarta 16 Jan, dan aksi Kelantan FA bertemu Ratchaburi FC pada 20 Jan.

“Kami gembira Stadium Nasional Malaysia digunakan untuk penganjura­n kejohanan bola sepak. Kami yakin Stadium Nasional akan memberikan peminat bola sepak pengalaman berharga setanding mana-mana stadium di dunia.

“Matlamat kami adalah menganjurk­an kejohanan bola sepak utama dengan membawa pasukan terbaik dari seluruh rantau ini bersamasam­a beraksi di sini,” katanya pada sidang media Piala Super Boost SportsFix 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini pada Jumaat.

Stadium berkenaan yang terletak di Bukit Jalil, kini dikenali sebagai Bandar Sukan Kuala Lumpur, ditutup untuk pengubahsu­aian pada 2015 sebagai persiapan penganjura­n Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lepas.

Perlawanan persahabat­an antara kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool menentang pasukan Pilihan Malaysia adalah aksi terakhir di stadium berkenaan pada 24 Julai, 2015, sebelum ia ditutup untuk pengubahsu­aian.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia