Utusan Borneo (Sabah)

Jangan leka, pemain perlu terus fokus

-

PASUKAN hoki lelaki Lahad Datu diingatkan tidak leka menghadapi perlawanan seterusnya meskipun berpesta gol 7-0 menentang Beaufort di Stadium Hoki Kompleks Sukan Sandakan, Jumaat.

Pengurus pasukan, Nur Azman Biran, berkata pemain perlu terus fokus dan tidak menjadikan kejayaan itu sebagai kejayaan sebenar kerana saingan selepas ini amat sengit.

“Selepas ini pasukan akan bertemu dengan pasukan yang mempunyai kelebihan, jadi mereka perlu fokus dan memastikan mereka boleh memberi yang terbaik pada temasya sukan kali ini,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Kejayaan Lahad Datu pada perlawanan kedua itu memberinya empat mata, sama yang diperoleh pasukan pilihan, Keningau.

Turut mengumpul empat mata ialah pasukan Papar.

Pasukan Kota Belud mengumpul dua mata, Sandakan (1) manakala Beaufort dan Kota Kinabalu (0).

Perlawanan sesi petang bermula dengan Kota Belud mencatat seri 1-1 dengan Keningau, Lahad Datu menewaskan Beaufort 7-0 dan Papar lawan Sandakan seri 1-1.

Pada sesi pagi pula, perlawanan hoki wanita pula menyaksika­n kekuatan Keningau dengan menumpaska­n Tuaran 4-0.

Kota Belud seri ketika menentang Tawau 1-1, Beaufort juga seri tanpa jaringan melawan Kota Kinabalu dan Telupid menang 2-0 menentang Sandakan.

Pungutan mata Keningau ialah enam, Tawau (4), Tuaran (3), Telupid (3), Sandakan (3), Kota Belud (2), Kota Kinabalu (2), Beaufort (1).

 ??  ?? SIRAM... Petugas di padang hoki Saga VIIII di Sandakan akan menyiram padang turf setiap perlawanan tamat. Ianya dilakukan bagi mengurangk­an risiko kecederaan kepada pemain. Kelihatan pada gambar, petugas mengarahka­n hos air ke arah padang sebaik sahaja...
SIRAM... Petugas di padang hoki Saga VIIII di Sandakan akan menyiram padang turf setiap perlawanan tamat. Ianya dilakukan bagi mengurangk­an risiko kecederaan kepada pemain. Kelihatan pada gambar, petugas mengarahka­n hos air ke arah padang sebaik sahaja...
 ??  ?? PENJAGA gol Sandakan melonjak tinggi menyelamat­kan gawang dari ancaman Tuaran pada perlawanan bola sepak lelaki Saga di padang Kompleks Sukan Sandakan pada Jumaat. Perlawanan itu berkesudah­an seri 1-1.
PENJAGA gol Sandakan melonjak tinggi menyelamat­kan gawang dari ancaman Tuaran pada perlawanan bola sepak lelaki Saga di padang Kompleks Sukan Sandakan pada Jumaat. Perlawanan itu berkesudah­an seri 1-1.
 ??  ?? SALAH satu aksi menghasilk­an gol Lahad Datu ketika menentang Beaufort pada pertanding­an hoki lelaki Saga di Stadium Hoki Sandakan. Lahad Datu menang perlawanan itu 7-0.
SALAH satu aksi menghasilk­an gol Lahad Datu ketika menentang Beaufort pada pertanding­an hoki lelaki Saga di Stadium Hoki Sandakan. Lahad Datu menang perlawanan itu 7-0.
 ??  ?? TELUPID sedang membuat cubaan jaringan ke gawang Sandakan.
TELUPID sedang membuat cubaan jaringan ke gawang Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia