Utusan Borneo (Sabah)

Sabah sebagai penyumbang terbesar majoriti dua pertiga

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KETUA Umno Bahagian Silam, Datuk Mohd Yusof Apdal, optimis Umno Sabah mampu menjadi penyumbang terbesar kemenangan majoriti dua pertiga kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRU-14, kerana asakan pembangkan­g tidak mungkin mempengaru­hi pemikiran rakyat negeri itu.

Beliau berkata parti pembangkan­g tidak mendapat tempat di hati rakyat Sabah memandangk­an ia tidak menampilka­n perancanga­n jangka panjang yang signifikan.

“Umno adalah parti yang sentiasa relevan untuk rakyat serta diminati oleh semua peringkat masyarakat,” katanya, sambil menangkis dakwaan ramai ahli Umno Silam berpaling tadah kepada parti pembangkan­g.

Ini,katanya,terbuktide­ngan status Umno Silam sebagai bahagian mempunyai keahlian paling ramai sebagaiman­a diumumkan dalam ucapan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Mohd Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu berkata pihaknya sudah siap siaga menghadapi PRU-14 dengan persediaan jentera yang boleh digerakkan pada bila-bila masa sahaja.

Katanya, Umno Bahagian Silam sudah berikrar kepada pucuk pimpinan untuk memastikan empat kerusi di kawasan itu, iaitu satu Parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi BN.

Beliau juga menegaskan pendirian untuk terus bersama-sama dalam perjuangan Umno kerana hanya parti itu saja yang mampu membela nasib rakyat serta membawa kemajuan untuk negara.

 ??  ?? YUSOF
YUSOF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia