Utusan Borneo (Sabah)

Umno sebulat suara lulus usul

-

KUALA LUMPUR: Perhimpuna­n Agung Umno 2017 pada Jumaat sebulat suara meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandi­ngkan pada pemilihan parti akan datang.

Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin mengumumka­n keputusan itu selepas perwakilan mengundi bersetuju dengan usul yang dicadangka­n wakil pergerakan Pemuda Umno Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz dan disokong oleh wakil Perak Datuk Mohd Azhar Jamaluddin, serta dibahaskan wakil negeri serta jurucakap sayap.

Beliau berkata mengikut Akta 5 Perlembaga­an Umno, usul yang dibawa wakil Pemuda itu mengajak seluruh kekuatan dan potensi anggota, penyokong Umno dan komponen BN untuk meningkatk­an solidariti bagi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Namun,adasedikit­pindaan oleh Pemuda iaitu sejajar dengan Fasal 20 Perlembaga­an Umno pindaan perenggan lima dimasukkan perkataanp­erkataan berikut:

“Justeru atas semangat kebersamaa­n dan kesalingan dan bagi memastikan konsep ini dapat direalisas­ikan, adalah dengan menjadi ketetapan untuk diputuskan dalam sidang kali ini agar jawatan Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Presiden (Naib Presiden yang menjalanka­n tugas Timbalan Presiden), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,tidakdiper­tandingkan dalam pemilihan akan datang,” katanya sebelum menangguhk­an persidanga­n itu sehingga 3 petang.

Terdahulu, Badruddin meminta para perwakilan yang bersetuju dengan usul itu supaya mengangkat tangan.

Pada masa sama, Najib, yang turut mengangkat tangan, dicuit oleh Ahmad Zahid sambil kedua-duanya ketawa.

Menggelark­an Najib, Ahmad Zahid dan Naib Presiden Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein sebagai ‘tiga beradik’, Badruddin kemudian meminta para perwakilan memberi tepukan kepada mereka.

“Mereka akan berpeluk, berpegangt­anganmenan­dakan mereka akan bersama-sama susahsenan­gmempertah­ankan maruah agama bangsa dan tanah air.

“Perjuangka­nlah wahai bangsaku... hidup Umno, hidup Umno, hidup Umno,” laungnya penuh semangat. - Bernama - Gambar BERNAMA

“Justeru atas semangat kebersamaa­n dan kesalingan dan bagi memastikan konsep ini dapat direalisas­ikan, adalah dengan menjadi ketetapan untuk diputuskan dalam sidang kali ini agar jawatan Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Presiden (Naib Presiden yang menjalanka­n tugas Timbalan Presiden), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tidak dipertandi­ngkan dalam ” pemilihan akan datang. TAN SRI BADRUDDIN AMIRULDIN Pengerusi Tetap Umno

 ??  ?? PRESIDEN Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein (tengah) ketika sesi perbahasan usul ucapan dasar Presiden sempena Perhimpuna­n Agung Umno 2017 di Dewan...
PRESIDEN Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein (tengah) ketika sesi perbahasan usul ucapan dasar Presiden sempena Perhimpuna­n Agung Umno 2017 di Dewan...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia