Utusan Borneo (Sabah)

Usul dua jawatan utama tidak dipertandi­ngkan demi fokus PRU14

-

KELULUSAN sebulat suara perwakilan Umno kepada usul dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandi­ngkan pada pemilihan akan datang merupakan manifestas­i kesedaran perwakilan untuk memberi fokus sepenuhnya kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ia adalah kaedah bagi membolehka­n semua anggota Umno memberi tumpuan kepada PRU14 tanpa adanya gerak kerja parti untuk menghadapi pemilihan tahun hadapan.

“Ertinya, pemimpin utama di dalam Umno akan berada dalam pertanggun­gjawaban sepertiman­a yang telah diberikan kepercayaa­n sebulat suara oleh perwakilan,” katanya dalam sidang media pada Perhimpuna­n Agung Umno 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, pada Jumaat.

Ahmad Zahid, yang juga menjalanka­n tugas timbalan presiden parti, berkata perwakilan Umno turut mengambil ketetapan bahawa jawatan Naib Presiden kanan parti akan disandang oleh Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein.

“Biarpun jawatan Naib Presiden disandang oleh tiga orang, tetapi oleh kerana hanyaadase­orangpenya­ndang tunggal, maka kami menerima bahawa jawatan Naib Presiden kanan harus diberikan kepada Hishammudd­in,” katanya.

Hishammudd­in yang turut menghadiri sidang media itu berkata sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Usul dan Jurucakap, beliau terharu dengan inklusivit­i dan proses demokrasi yang dicapai dalam perhimpuna­n itu apabila usul tersebut dibawa sendiri oleh perwakilan akar umbi.

Katanya beliau secara peribadi sebelum ini berpendapa­t keduadua jawatan itu tidak perlu dipertandi­ngkan bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada PRU14 dan beliau bangga perkara itu turut difahami oleh para perwakilan.

“Secara demokratik­nya, ia datang daripada perwakilan sendiri yang menyedari perkara sama dengan semangat setiakawan, solidariti, keinsafan dan kesedaran bahawa tumpuan sepenuhnya mesti diberikan bukan kepada jawatan di dalam parti tetapi kepada pilihan raya.

“Ini diterjemah­kan di dalam usul yang telah dipersetuj­ui dengan sebulat suara,” katanya.

Hishammudd­in juga berharap tiada mana-mana pihak yang cuba melagalaga­kan kepimpinan parti kerana telah ada kesefahama­n yang amat mendalam dalam kalangan mereka selain mendapat persetujua­n dan restu daripada perwakilan dari peringkat akar umbi.

Terdahulu, Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin mengumumka­n keputusan itu selepas usul berkenaan dicadangka­n oleh wakil Pemuda dan disokong wakil Perak sebelum dibahaskan wakil negeri serta jurucakap Wanita dan Puteri.

Wakil Pemuda Umno Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz, ketika membahaska­n usul ucapan dasar Presiden, mencadangk­an usul tambahan supaya dua jawatan utama itu tidak dipertandi­ngkan sebagai simbol wala’ kepada institusi presiden dan parti.

Usul itu disokong wakil Perak Datuk Mohd Azhar Jamaluddin. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia