Utusan Borneo (Sabah)

‘Leftenan Adnan’ di PWTC

-

KELIBAT seorang anak muda berpakaian ala askar kolonial berwarna khaki menarik perhatian orang ramai yang berkunjung ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sempena Perhimpuna­n Agung Umno 2017.

Prebet Mickelend Dismos, 22, tegak berdiri di sebelah kotak Tabung Pahlawan, yang disediakan oleh Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) untuk mengutip sumbangan orang ramai, bagi membela nasib bekas perajurit negara yang memeras keringat bagi mempertaha­nkan kedaulatan negara.

Anak sulung lima beradik dari Serian, Sarawak berkata beliau sebenarnya menyarung pakaian seragam, yang pernah dipakai Leftenan Adnan Saidi ketika era perjuangan beliau.

“Semalam, rakan saya memakai pakaian seragam pertama askar Tentera Darat Malaysia iaitu baju dan seluar pendek. Hari ini, giliran saya pula dan kami memakai baju yang dipinjamka­n oleh Muzium Tentera Darat di Kem Sirusa, Port Dickson, Negeri Sembilan,” katanya kepada Bernama.

Orang ramai yang ingin menyalurka­n sumbangan boleh berbuat demikian di Aras 3, PWTC sepanjang Perhimpuna­n Agung itu yang berlangsun­g sehingga esok, atau di akaun Maybank PVATM bernombor 5647175218­26 atau Bank CIMB PVATM bernombor 8602700401.

Sebanyak 245 reruai pameran diwujudkan oleh sektor korporat, jabatan dan agensi kerajaan di PWTC sepanjang perhimpuna­n agung tahunan kali ini.

Di aras sama, seorang remaja lelaki tekun melakar lukisan akrilik seorang gadis kampung dengan berlatarka­n lautan biru di sebelahan reruai pameran Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

Meskipun sibuk menghasilk­an karya kreatifnya, pelajar Sekolah Seni Malaysia Johor Naim Hamid Hamidin, 14, melayan pelbagai pertanyaan pengunjung yang bertanyaka­n tentang lukisannya.

Ketika ditanya mengenai minat beliau, beliau berkata tabiat menconteng meja di dalam kelas ternyata membuahkan hasil kerana beliau mampu menjana pendapatan daripada lukisannya­sehinggame­ncecah RM3,500.

“Dahulu, saya suka menconteng meja dalam kelas, cikgu saya perasan dan terus melaporkan perangai saya kepada ibu.

“Selepas ‘episod’ itu, ibu bapa saya memutuskan untuk menghantar saya ke kelas lukisan bagi mengasah bakat terpendam,” katanya yang bakal mengadakan pameran seni berjudul ‘Sejujurnya Malaysia’ bersama-sama rakan sekolahnya pada 22 hingga 24 Dis di PWTC. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia