Utusan Borneo (Sabah)

Spa Mobil Butterfly bantu lahir usahawan wanita

-

GOLONGAN wanita yang ingin menambah pendapatan sampingand­igalakkanm­enyertai Spa Mobil Butterfly, yang menawarkan perniagaan dalam bidang estetik dan kecantikan.

Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata spa itu, yang dijalankan secara usahasama antara Pergerakan Puteri Umno, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun - Gambar BERNAMA Nasional), diilhamkan bagi membantu golongan wanita mengembang­kan potensi diri di samping meningkatk­an taraf hidup mereka.

“Kita lihat ramai wanita muda yang begitu prihatin tentang kecantikan. Jadi, kita ambil peluang itu untuk melebarkan sayap dengan melahirkan lebih ramai usahawan wanita,” katanya.

Beliau memberitah­u pemberita demikian selepas pelancaran Spa Mobil Butterfly oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor di Laman Puteri, Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno Dungun Arlina Rosli yang juga Pengarah Eksekutif Red Glow Academy di mana pengusaha Spa Mobil Butterfly bernaung, berkata individu yang berminat akan diberi latihan di akademi tersebut termasuk diberi kit spa yang lengkap.

“Mereka boleh ke manamana cawangan Puteri untuk mengisi borang permohonan atau ke reruai kami di Laman Puteri ini untuk mendaftar.

“Kursus lima hari akan diberikan bagi menjadikan mereka ahli perniagaan yang bertauliah,” katanya. - Bernama

 ??  ?? ISTERI Presiden Umno Datin Seri Rosmah Mansor merasmikan Spa Mobil Butterfly hasil kerjasama Puteri UMNO dengan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Jumaat. Turut kelihatan Ketua Puteri Umno Datuk Mas...
ISTERI Presiden Umno Datin Seri Rosmah Mansor merasmikan Spa Mobil Butterfly hasil kerjasama Puteri UMNO dengan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Jumaat. Turut kelihatan Ketua Puteri Umno Datuk Mas...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia