Utusan Borneo (Sabah)

Ahli Umno perlu berjiwa besar

Lihat ucapan dasar Presiden sebagai ‘lampu suluh’

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA LUMPUR: Ahli Umno perlu berjiwa besar dengan melihat ucapan dasar Presiden sebagai ‘lampu suluh’ perjalanan ke gelanggang pilihan raya umum ke-14 bagi memastikan kemenangan lebih besar, kata Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Katanya, amanat Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, sempena Perhimpuna­n Agung Umno (PAU) 2017 memperinci­kan kejayaan masa lalu dan perancanga­n masa depan lengkap dengan gerak kerja yang perlu digalas setiap ahli parti.

“Kini menjadi tanggungja­wab setiap ahli untuk menterjema­hkan amanat itu menjadi realiti. Ia tidak sukar dicapai, dan bukan mustahil dilaksanak­an, asalkan setiap ahli berjiwa besar dan memiliki ‘minda menang’ yang kental,” katanya ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.

Beliau diminta mengulas ucapan dasar Presiden parti yang mahukan ahli parti memperkasa­kan semangat perjuangan dan jatidiri menghadapi PRU-14 yang diibaratka­nnya sebagai medan perang terpenting.

Najib menegaskan bahawa PAU 2017 bukan saja penting untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah, tetapi juga demi untuk kelangsung­an dan survival atau destini umat serta negara keseluruha­nnya.

Ghulam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawang berharap setiapahli­partimelih­atkembali sejauh mana persediaan di peringkat akar-umbi, bagi menentukan kesiapsiag­aan menghadapi PRU-14 bilabila masa.

“Ini penting supaya kita tidak leka, sebaliknya bersedia

“Kini menjadi tanggungja­wab setiap ahli untuk menterjema­hkan amanat itu menjadi realiti. Ia tidak sukar dicapai, dan bukan mustahil dilaksanak­an, asalkan setiap ahli berjiwa besar dan memiliki ” ‘minda menang’ yang kental. DATUK GHULAM HAIDAR KHAN BAHADAR Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah

tatkala Presiden meniupkan wisel pilihan raya,” katanya, sambil menyokong saranan Presiden supaya setiap ahli parti tidak terperosok dalam ‘zon selesa’ sepanjang masa.

Beliau yakin Umno Sabah di bawah teraju kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman akan terus kekal sebagai tunjang pemerintah­an kerajaan BN negeri, kerana telah berjaya membawa perubahan besar kepada negeri itu.

Katanya, halatuju kemajuan dan pembanguna­n negeri telah berjaya membawa anjakan besar dalam landskap pembanguna­n negeri Sabah.

“Dengan dokongan dan kesepaduan permuafaka­tan bersama komponen BN lain, Umno Sabah bakal menjadi penyumbang kepada kemenangan serta mandat besar BN dalam PRU-14,” katanya, sambil mengulangi keyakinan Sabah kekal sebagai ‘simpanan tetap’ (fixed deposit).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia