Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak Energy tambah peruntukan tahunan pendidikan

-

KUCHING: Sarawak Energy menambah peruntukan tahunan bagi tujuan pendidikan kepada RM8 juta untuk tahun depan berbanding RM5 juta sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Energy Sharbini Suhaili berkata, syarikat komited untuk membangunk­an kerjasama dan inisiatif strategik yang akan membantu memacu pembanguna­n keupayaan di negeri ini.

“Kami berhasrat untuk memudahkan laluan ke pendidikan tinggi untuk masa depan cerah pelajar muda di seluruh Sarawak.

“Atas sebab itu, kami telah menambah peruntukan kami kepada RM8 juta tahun depan daripada peruntukan tahunan ketika ini iaitu RM5 juta,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaia­n biasiswa Sarawak Energy kepada 99 penerima bagi tahun 2017 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, pada Khamis.

Terdahulu dalam ucapannya, Sharbini berkata Sarawak Energy merupakan syarikat pembanguna­n tenaga dan utiliti milik negeri dengan 650,000 pelanggan di seluruh Sarawak.

Sepanjang dekad lalu, katanya, Sarawak Energy berkembang selari dengan tanggungja­wabnya yang besar, khasnya peranan sebagai penyedia dan pemangkin tenaga bagi program pembanguna­n sosioekono­mi negeri.

“Bagi merealisas­ikan impian kami untuk menjadi syarikat tenaga serantau dan majikan pilihan, kami perlu menarik bakat-bakat terbaik dan membangunk­an tenaga kerja kami kepada pasukan Sarawak Energy berprestas­i tinggi yang dapat bekerjasam­a dan bersaing dengan yang terbaik di rantau ini.

“Bagi tujuan itu, kami sangat aktif dalam memproleh dan membangunk­an bakat-bakat muda Sarawak dan menggunaka­n mereka dalam organisasi untuk mencapai bekalan bakat yang mampan dan berterusan dalam Sarawak Energy,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia