Utusan Borneo (Sabah)

Bersama erat solidariti kaum di S’wak

-

SIBU: Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh mahu rakyat menghayati nilai murni dalam usaha mengukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama di Sarawak.

Katanya, sikap saling menghormat­i dan bertolak ansur antara satu sama lain antara kerangka penting dalam menyatupad­ukan semua rakyat negeri ini.

“Perpaduan tidak akan bermakna tanpa persefaham­an, keharmonia­n, tolak ansur dan kepercayaa­n rakyat yang berbilang kaum.

“Ia menjadi tanggungja­wab tanpa mengira kaum dan agama untuk terus memupuk rasa hormat pelbagai agama yang merupakan kunci kepada keamanan dan keharmonia­n kepada sesebuah negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam sambutan Sarawak Celebrates Hari Krismas anjuran Pejabat Residen Sibu, Pejabat Daerah Sibu dan Persatuan GerejaGere­ja di Sarawak Cawangan Sibu di sini, malam pada Rabu.

Justeru, Wong yang juga Menteri Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi Kedua berkata, perayaan tahunan seperti Hari Raya, Krismas, Tahun Baharu Cina dan Hari Gawai merupakan peluang baik bagi semua kaum menyemai keharmonia­n, muhibah, keamanan dan perpaduan.

Tambahnya, perpaduan merupakan satu hadiah tidak ternilai dan merupakan asas untuk membina hubungan, keluarga, masyarakat dan negara.

Sambutan Sarawak Celebrates antara inisiatif kerajaan negeri menyemarak­kan dan mengeratka­n solidariti antara kaum di Sarawak khususnya dan di Malaysia amnya.

Ia dimulakan pada tahun ini dan merangkumi empat perayaan utama di Sarawak iaitu perayaan Tahun Baharu Cina, Hari Gawai Dayak, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Krismas.

Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bawang Assan berharap penganjura­n program dapat diterus pada tahun depan dan menjadi aktiviti tahunan di negeri ini.

Hadir sama ialah Residen Sibu Hii Chang Kee, Pegawai Daerah Sibu Awang Yusup Awang Mostapha, Pengerusi Persatuan Gereja-Geraja Sarawak (ACS) Reverend Dato Dr Justin Wan, Pengerusi ACS Cawangan Sibu Pastor Ting Leh Na dan Temenggong Stanley Geramong.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? WONG (lima kanan), Hii (lima kiri), Justin (empat kanan), Ting (tiga kanan) serta tetamu merakam kenangan pada majlis makan malam sambutan Sarawak Celebrates Hari Krismas.
WONG (lima kanan), Hii (lima kiri), Justin (empat kanan), Ting (tiga kanan) serta tetamu merakam kenangan pada majlis makan malam sambutan Sarawak Celebrates Hari Krismas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia