Utusan Borneo (Sabah)

Bazar Krismas tarik hampir 100 pengusaha gerai

- Oleh JOHN TAMBANAN

PENAMPANG: Hampir 100 pengusaha gerai mengambil bahagian dalam pameran dan jualan Bazar Krismas 2017 bertemakan `The Season of Hope’, bertempat di ITCC Shopping Mall, di sini pada Jumaat.

Bazar itu dianjurkan bersama oleh The Sanctuary of Hope dan ITCC Penampang, dirasmikan oleh Pegawai Daerah Penampang, Luvita Koisun.

Bazar selama tiga hari itu, yang akan berakhir pada Ahad mempamer, mempromosi dan menjual pelbagai barangan terdiri daripada barangan makanan seperti coklat dan madu, barangan kesenian dan kraftangan, produk kecantikan dan sebagainya.

Luvita berkata, bazar itu merupakan peluang terbaik kepada masyarakat Penampang dan sekitar daerah itu untuk datang bersama-sama menjelang perayaan Krismas.

Pengusaha gerai ini datang sejauh dari Keningau dan Tawau.

Jawatankua­sa Sanctuary of Hope terdiri daripada golongan belia telah memulakan organisasi ini dalam usaha untuk memberi perhatian terhadap isu seperti penggangur­an dan kemiskinan serta menjadi tempat kepada masyarakat yang memerlukan dan menyediaka­n bantuan kepada golongan berpendapa­tan rendah.

Objektif mereka ini adalah untuk memberi perkhidmat­an kepada masyarakat yang memerlukan bantuan melalui program kemahiran praktikal dan sebagainya.

“Selaku Pegawai Daerah, saya menyambut baik program seumpama ini diadakan khususnya pada musim menjelang perayaan seperti Krismas,” katanya.

Semantara itu, Pengurus Besar Kumpulan Syarikat Sabanilam Enterprise Sdn Bhd,CeaserMand­elaMalakun berkata, selain gerai jualan Bazar Krismas `The Season of Hope’ itu juga menyediaka­n acara cabutan bertuah dan pesembahan muzik dan nyanyian daripada kumpulan penceragam tempatan serta pesembahan karol (lagu krismas )bagi memeriahka­n lagi suasana berkenaan.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Sabanilam Enterprise Sdn Bhd, Datin Seri Panglima Sylvia Malakun dan Pengarah Urusan The Sanctuary of Hope, Abraham Jelius Aman.

 ??  ?? LUVITA ditemani Sylvia dan Mandela melawat gerai pameran Bazar `The Season Of Hope’ di ITCC Penampang pada Jumaat.
LUVITA ditemani Sylvia dan Mandela melawat gerai pameran Bazar `The Season Of Hope’ di ITCC Penampang pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia