Utusan Borneo (Sabah)

Didapati bersalah tembak mati lelaki kulit hitam tidak bersenjata

-

CHARLESTON: Seorang bekas anggota polis Amerika Syarikat (AS) berkulit putih dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun kelmarin kerana menembak mati seorang pemandu kereta berkulit hitam yang tidak bersenjata – kes yang mencetuska­n kemarahan dan protes besar-besaran terhadap penggunaan kekerasan yang melampau oleh polis.

Kematian Walter Scott pada April 2015 merupakan antara yang paling mengejutka­n dalam siri serangan polis berprofil tinggi di AS, selalunya melibatkan masyarakat minoriti, yang memburukka­n lagi ketegangan dan rasa tidak percaya di antara anggota polis dengan masyarakat.

Michael Slager, yang bekerja untuk Jabatan Polis North Charleston, didakwa atas tuduhan membunuh di mahkamah negeri, di mana prosiding berakhir dengan perbicaraa­n tidak sah pada tahun lepas.

Namun pada Mei lalu, dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan persekutua­n iaitu menafikan hak sivil kepada Scott dengan menggunaka­n kekerasan melampau ketika menjalanka­n tugas.

Kelmarin, Hakim Daerah AS David Norton berkata kesalahan itu melibatkan jenayah melakukan pembunuhan darjah kedua.

Bekas anggota polis itu “bertindak dengan niat jahat dan dirancang awal”, kata Norton, “dan menembah Walter Scott yang tidak bersenjata dan cuba lari”.

Slager kemudian memberi maklumat palsu kepada pihak berkuasa mengenai cerita di sebalik serangan itu, kata hakim lagi ketika menjatuhka­n hukuman di sebuah mahkamah persekutua­n di Charleston.

Bekas anggota polis itu menembak mati Scott, 50, pada 4 April 2015, di North Charleston apabila Scott lari dari kenderaann­ya setelah dihentikan bagi lampu brek yang pecah.

Spekulasi telah dibuat bahawa Scott mungkin telah lari dari anggota polis itu kerana dia berhutang bantuan anak dan tidak mahu pergi ke penjara.

Slager mendakwa dia bertindak untuk mempertaha­n-kan diri, dan berkata Scott cuba menyerangn­ya dengan pistol pegunnya sendiri. Namun rakaman video bagi insiden itu yang diambil oleh seorang saksi menunjukka­n Slager menembak Scott di belakang ketika Scott berlari meninggalk­an Slager.

Slager kemudian dikritik kerana cuba memberikan gambaran untuk menyokong dakwaannya tentang pertahanan diri, dengan meletakkan pistol pegunnya di sebelah Scott.

Dia ditangkap tiga hari selepas video berkenaan muncul, satu kes tindakan pantas yang unik dalam kes pembunuhan oleh polis.

Insiden itu mencetuska­n demonstras­i yang marah.

“Anggota polis yang mencabul hak sesiapa turut mencabul sumpah penghormat­an mereka, dan mereka mencemari nama kebanyakan anggota polis, yang menjalan-kan kerja menakjubka­n,” Peguam Negara Jeff Sessions menyebut dalam satu ke-nyataan.

“Mereka yang menguatkua­sakan undang-undang kita mesti juga mematuhiny­a – dan Jabatan Keadilan akan mempertang­gungjawabk­an sesiapa sahaja yang mencabul hak sivil rakyat Amerika.”

Pengarah eksekutif Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika Cabang South Carolina, Shaundra Scott, berkata organisasi­nya dan lain-lain bekerja sama dengan polis ekoran kes Scott untuk memastikan akauntabil­iti polis.

Saudara-mara mangsa kelmarin berkata mereka memaafkan Slager, walaupun mereka begitu sedih.

“Pengampuna­n adalah mudah bagi orang lain. Ia sangat sukar bagi saya,” kata abang Scott, Anthony.

“Pada akhirnya, dia perlu berdepan dengan seorang lagi hakim.”

Walaupun demikian, beberapa anggot keluarga menuntut agar Slager menanggung akibatnya bagi serangan itu.

“Dia tidak akan melihat saya bermain futbol sekolah tinggai, tidak akan melihat saya lulus pengajian,” kata anak Scott, Miles, di mahkamah Rabu lepas.

“Hati saya hancur kerana cara bapa saya meninggal dunia adalah salah.” — AFP

 ??  ?? JUDY Scott memegang gambar anaknya, Walter, ketika menghadiri sidang akhbar selepas anggota polis yang menembak mati anaknya yang tidak bersenjata dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun di Charleston, Carolina Selatan, kelmarin. — Gambar Reuters
JUDY Scott memegang gambar anaknya, Walter, ketika menghadiri sidang akhbar selepas anggota polis yang menembak mati anaknya yang tidak bersenjata dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun di Charleston, Carolina Selatan, kelmarin. — Gambar Reuters
 ??  ?? SLAGER
SLAGER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia