Utusan Borneo (Sabah)

Tembakan di sekolah tinggi meragut nyawa dua remaja

-

LOS ANGELES: Dua remaja terbunuh dalam kejadian tembakan di sekolah tinggi mereka di wilayah New Mexico di barat daya AS kelmarin, menurut polis, sambil menambah bahawa penyerang turut meninggal dunia.

Serangan berlaku di Sekolah Tinggi Aztac, menurut Polis Wilayah New Mexico di dalam Twitter. Sekolah tersebut terletak di pekan kecil Aztec kira-kira 180 batu barat laut Albuquerqu­e di sebuah kawasan yang dekat dengan tanah puak Navajo.

Laporan awal bagi orang lain yang tercedera adalah salah, syerif Wilayah San Juan Ken Christesen memberitah­u satu sidang media.

Identiti penembak dan mereka yang terkorban tidak dinyatakan .

Garrett Parker, seorang pelajar di sekolah di pekan yang mempunyai 7,000 penduduk, memberitah­u stesen TV tempatan KOAT bahawa beliau terkejut.

“Dari mana-mana negeri, daripada semua negeri di Amerika, kamu tidak memikirkan ia akan berlaku di sini,” jelas beliau.

Parker berkata beliau berada dalam kelas sejarah ketika kejadian tembakan berlaku.

“Pada mulanya ia kedengaran seperti budak-budak sekadar menghentak lokar. Namun ia mulai kedengaran semakin dekat dan lebih kuat serta ia adalah jelas merupakan bunyi tembakan. Kami dapat mendengar bunyi tembakan terus dari luar pintu kami,” jelas beliau.

Guru mengunci pintu seperti yang biasa beliau lakukan dan para pelajar bersembuny­i di satu sudut di dalam bilik tersebut.

“Sebaik sahaja kami keluar dari pintu, betul-betul di luar pintu, terdapat seseorang yang terbaring mati. Tetapi saya tidak mengetahui siapa orang tersebut,” tambah Parker.

Sekolah Tinggi Aztec dikosongka­n, sementara beberapa sekolah berdekatan turut diarahkan ditutup.

Polis membentuk satu kawasan di sebuah taman bagi para ibu bapa datang dan menjemput anak-anak mereka, kata pejabat Syerif Wilayah San Juan dalam laman Facebook .

“Ia adalah tragik apabila anak-anak kami dibahayaka­n dalam cara-cara kejam terutama di kampus sekolah. Kami menyatakan ucapan takziah kami kepada keluarga yang terlibat,” Presiden Navajo Russell Begaye menyatakan dalam satu kenyataan.

Serangan tembakan menyebabka­n kematian atau kecederaan terhadap 3,700 kanak-kanak dan remaja pada tahun ini sahaja di Amerika Syarikat, menurut organisasi bukan perniagaan Gun Violence Archive.

Terdapat sejumlah 328 kejadian tembakan beramairam­ai, dinyatakan sebagai melibatkan lebih dua orang.

Lebih 33,000 di AS meninggal dunia pada setiap tahun akibat senjata, termasuk lebih 22,000 kejadian membunuh diri, menurut Pusat bagi Kawalan dan pencegahan Penyakit. — AFP

NEW YORK:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia