Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat harus sedar tentang bahaya kanser mulut

- Oleh JAINUDIN NASIR

PROGRAM Kempen Kesedaran Kanser Mulut merupakan satu program yang dijayakan di seluruh negara bagi meningkatk­an kesedaran orang ramai berkaitan penyakit kanser mulut, faktor risiko dan komplikasi penyakit tersebut.

Usaha mencegah penularan penyakit itu, bukan sesuatu yang mudah malah bertambah serius jika tidak dibendung di peringkat awal kerana tabiat seperti memakan sirih, pinang, merokok dan alkohol telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup segelintir masyarakat.

Setiausaha Politik Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Amisah Yassin berharap penganjura­n julung kali program Minggu Kesedaran Kanser Mulut peringkat negeri tahun ini, dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentinga­n penjagaan kesihatan mulut.

Beliau juga merakamkan penghargaa­n kepada Bahagian Kesihatan Pergigian yang selama ini sentiasa bekerjasam­a dengan pihak sekolah dalam memberi rawatan kepada pelajar dan sentiasa berusaha mempelbaga­ikan aktiviti promosi dan kaedah penyampaia­n perkhidmat­an pergigian khususnya di kawasan pedalaman.

“Saya juga menyeru kepada peserta dan pengunjung yang hadir pada hari ini untuk mengambil peluang melibatkan diri dalam semua aktiviti yang diadakan oleh pihak penganjur terutama sekali dalam mendapatka­n saringan kanser mulut dan cara menjalanka­n pemeriksaa­n mulut sendiri serta mendapatka­n rawatan pergigian,” jelas Amisah.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Minggu Kesedaran Kanser Mulut Peringkat Negeri Sabah dan Borneo Mouth Cancer Awareness Run 2017 dengan, di pekan Kundsang baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Kesihatan Bahagian Pergigian Negeri Sabah Dr. Lawrence Mah Hon Kheong, Presiden (Elect) doktor-doktor Pergigian Malaysia Dr. Leong Kei Joe, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pergigian Dr. Zaiton Hj. Tahir dan wakilwakil agensi.

Amisah mendedahka­n, kajian yang telah dijalankan di Universiti Malaya oleh Prof. Rosnah Zain pada tahun 1997 menunjukka­n orang indigenous Sabah dan Sarawak sebagai paling tertinggi mendapat kanser mulut selepas bangsa India.

“Dari Malaysian Oral Cancer Database and Tissue Bank System (MOCDTBS) pula, daripada 156 pesakit kes kanser mulut, 59.9 peratus mengamalka­n tabiat mengunyah pinang, 36.1 peratus merokok dan 35.9 peratus alkohol,” jelasnya.

Program itu turut diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya pemeriksaa­n dan saringan kesihatan, pemeriksaa­n dan rawatan pergigian serta saringan kanser mulut.

Turut diadakan pameran kesihatan, pergigian dan kerjaya, derma darah, kaunter bergerak Tabung Haji, bas perpustaka­an, pameran bomba dan polis, persembaha­n boneka, kuiz dan permainan roda impian, pameran dari persatuan sukarelawa­n kanser Sabah, persembaha­n busker, promosi dan aktiviti makan buahbuahan tempatan percuma.

Aktiviti lain ialah pertanding­an mewarna, pertanding­an teka silang kata dan pertanding­an kuiz yang dijalankan lebih awal pada 20 November di Dewan Masyarakat Kundasang.

Sementara itu Timbalan Pengarah Kesihatan Bahagian Pergigian Negeri Sabah Dr. Lawrence Mah Hon Kheong berkata, kanser mulut merupakan kanser keenam tertinggi di dunia dan Negara India merupakan penyumbang kes paling tinggi.

“Saya percaya ramai di kalangan kita yang masih tidak terdedah dengan maklumat berkaitan kanser mulut,” katanya.

Beliau turut merakamkan setinggiti­nggi penghargaa­n kepada semua yang terlibat dalam penganjura­n program berkenaan.

 ??  ?? PERTUNJUKA­N boneka antara aktiviti yang dijalankan.
PERTUNJUKA­N boneka antara aktiviti yang dijalankan.
 ??  ?? AMISAH (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada persatuan.
AMISAH (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada persatuan.
 ??  ?? AMISAH menyampaik­an hadiah kepada pemenang kategori 7 Km.
AMISAH menyampaik­an hadiah kepada pemenang kategori 7 Km.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia