Utusan Borneo (Sabah)

Peluang artis ceburi perniagaan berskala besar lebih cerah dengan

-

DEWAN Perniagaan Artis dan Selebriti Malaysia (DPA) yang dilancarka­n pada 4 Disember 2017 lepas akan menjadi platform untuk para selebriti tanah air bergelar usahawan berskala besar.

Pengerusin­ya Diana Danielle Danny Beeson berkata selain menyediaka­n bimbingan ilmu perniagaan, DPA juga menyediaka­n bantuan dana dan modal kepada anggota bagi membolehka­n mereka menjalanka­n projek.

“Ini merupakan peluang para artis untuk menguruska­n perkara di luar bidang seni, di peringkat permulaan kita akan bantu mereka yang menjalanka­n projek kerajaan dalam sektor pembinaan dan pembekalan,” katanya pada majlis pelancaran dewan itu di Kuala Lumpur.

Turut hadir Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Abdul Samat Kasah, ketua Pengarah Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia Suriyati Ibrahim dan Presiden DPA Datuk Shahrul Nizam Yunos.

Diana Danielle berkata dewan itu juga akan memastikan artis yang telah berjaya dibimbing menjadi mentor kepada artis baharu dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan selebriti.

“Setakat ini kita ada sembilan selebriti termasuk saya yang sudah mendaftar sebagai ahli tetap. Mereka yang lain ialah Farid Kamil, Bront Palarae, Hazama, Hafiz Suip, Akim Ahmad, Stacy Anam, Wan Hanafi Su dan Soffi Jikan,” katanya sambil menyasarka­n keahlian seramai 200 orang dalam tempoh lima tahun. — Bernama

 ??  ?? LANCAR: Presiden DPA Datuk Shahrul Nizam Yunos (enam kiri) menyerahka­n cenderahat­i kepada Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor (enam kanan) bersama barisan artis dan selebriti tempatan pada majlis pelancaran DPA barubaru ini. DPA akan...
LANCAR: Presiden DPA Datuk Shahrul Nizam Yunos (enam kiri) menyerahka­n cenderahat­i kepada Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor (enam kanan) bersama barisan artis dan selebriti tempatan pada majlis pelancaran DPA barubaru ini. DPA akan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia