Utusan Borneo (Sabah)

Miliki bahan letupan, warga Filipina dipenjara 2 tahun

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Seorang penganggur warga Filipina dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana memiliki bahan letupan di Mahkamah Majistret, di sini pada Jumaat.

Majistret Afiq Agoes menjatuhka­n hukuman berkenaan terhadap Lito Lajim, 37, selepas tertuduh mengaku bersalah memiliki bahan letupan (bom ikan) semasa ditangkap pada 13 November lalu.

Tertuduh didakwa memiliki sebotol coca cola 1.5 liter yang mengandung­i Amonia Nitrat dan seunit detonator nonelectri­cpada13Nov­ember,jam 8.40 pagi di tapak pembinaan berhampira­n sebuah hotel di pusat bandaraya ini.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara selama tujuh tahun atau dengan denda maksimum sebanyak RM 10, 000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen, mahkamah menetapkan 10 Januari 2018 sebagai pengurusan kes terhadap seorang lelaki warga tempatan yang mengaku tidak bersalah membenarka­n warga asing tanpa pas berada dalam kenderaan miliknya.

Hakim Azreena Aziz menetapkan tarikh itu bagi kes Agil Gapal, 24, yang didakwa membenarka­n dua lelaki warga asing yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan berada dalam kenderaann­ya ketika ditahan di Jalan Lintas pada 30 November, jam 5 petang.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 55E(1)AktaImigre­sen1959/63 yang memperuntu­kkan hukuman denda sehingga RM 30, 000 atau penjara tidak lebih setahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Hakim membenarka­n tertuduh diikat jamin dengan bayaran RM 10, 000, deposit RM 5, 000 serta dua penjamin tempatan. Tertuduh juga dikehendak­i melapor diri di balai polis berhampira­n pada setiap bulan.

Dalam kes berasingan, hakim menjatuhka­n hukuman empat bulan penjara serta ada yang dikenakan sebatan terhadap 11 orang lelaki dan seorang perempuan warga asing yang mengaku bersalah memasuki negara ini tanpa pas yang sah.

Kesemua tertuduh didakwa memasuki negara ini tanpa pas yang sah. Dengan itu, kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan dibawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Dibawah seksyen itu, pesalah boleh dikenakan hukuman denda RM 10, 000 atau penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya sekali dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga kes berkenaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Rasydan Jasni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia