Utusan Borneo (Sabah)

Lapor jika ada anggota polis terlibat kegiatan jenayah

Lapor jika ada anggota polis terlibat kegiatan jenayah

- Oleh DELLROY

TENOM: Orang ramai di daerah ini dialu-alukan untuk menyalurka­n maklumat sekiranya ada anggota polis di daerah ini terlibat dalam kegiatan jenayah dadah.

Ketua Polis Tenom DSP Mohamad Firdaus Francis berkata, identiti orang awam yang melaporkan akan dirahsiaka­n dan sekiranya ada anggota polis didapati terlibat dalam kegiatan ini akan dikena tindakan undang-undang.

“Kalau ada segelintir polis yang terlibat bagi tahu, kita akan ambil tindakan yang tegas.

“Dalam jabatan polis tidak ada usaha untuk melindungi biarpun anggota kita sendiri,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di pejabatnya, di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu katanya, polis Tenom akan menjadikan daerah ini sebagai Zon Bebas Jenayah pada tahun hadapan.

Katanya pelbagai usaha dirangka seperti jelajah kesedaran jenayah akan dijalankan secara bersepadu bersama pihak berkuasa lain dalam menyedarka­n lagi masyarakat setempat berkaitan kesalahan jenayah.

Dalam sidang media itu Firdaus memberitah­u bahawa pada 6 Disember lalu kira-kira jam 1 tengahari, polis Tenom berjaya menangkap seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun di daerah ini kerana kesalahan mengedar 10 peket dan satu peket dadah jenis syabu masing-masing seberat 2.0 gram dan 0.5 gram.

Katanya, semasa tangkapan dibuat suspek cuba melarikan diri nanum berjaya ditangkap dan hasil ujian air kencing suspek turut positif dadah

“Kalau ada segelintir polis yang terlibat bagi tahu, kita akan ambil tindakan yang tegas. Dalam jabatan polis tidak ada usaha untuk ” melindungi biarpun anggota kita sendiri. DSP MOHAMAD FIRDAUS FRANCIS Ketua Polis Tenom

methamphet­amine.

Hasil siasatan lanjut, suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan jenayah dadah pada Mac lalu dengan memiliki dadah syabu seberat 5.7 gram dan disiasat di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya ADB 1952.

Katanya, dalam tangkapan kali kedua ini turut dirampas wang tunai berjumlah RM400, dua buah telefon bimbit serta satu beg sandang dan satu beg kecil masing-masing berwarna hitam milik suspek.

Katanya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952.

Sementara dalam satu lagi kes berasing katanya, empat remaja lelaki tempatan berumur lingkungan 14 hingga 31 tahun ditangkap pada 7 Disember lalu, kira-kira 6.30 petang kerana kesalahan mencuri dua mesin pemotong kayu di sebuah rumah di kampung di daerah ini pada 6 November lalu.

Katanya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

 ??  ??
 ??  ?? SYABU, beg dan duit serta beberapa barangan kes yang dirampas daripada suspek.
SYABU, beg dan duit serta beberapa barangan kes yang dirampas daripada suspek.
 ??  ?? FIRDAUS menunjukka­n duit dan syabu yang dirampas dari suspek.
FIRDAUS menunjukka­n duit dan syabu yang dirampas dari suspek.
 ??  ?? FIRDAUS berdiri paling kiri mengetuai pembakaran pelupusan barangan kes itu.
FIRDAUS berdiri paling kiri mengetuai pembakaran pelupusan barangan kes itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia