Utusan Borneo (Sabah)

Puteri Umno buat laporan polis berhubung dakwaan anggotanya berkhalwat

-

KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri Umno Malaysia membuat dua laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini pada Jumaat berikutan dakwaan anggotanya berkhalwat ketika Perhimpuna­n Agung Umno 2017 yang sedang berlangsun­g ketika ini.

Ketua Penerangan­nya Haryaty Hamdzah berkata laporan itu dibuat susulan dakwaan bekas seorang anggota pergerakan itu yang disiarkan sebuah portal berita pembangkan­g kononnya banyak berlaku kes khalwat setiap kali perhimpuna­n agung Umno berlangsun­g.

“Kenyataan yang melampau, menjejaska­n imej parti dan kepercayaa­n rakyat. Ia juga menjejaska­n imej anggota muda terutamany­a dalam Puteri Umno, Pemuda dan sebagainya.

“Ini mewujudkan persepsi baharu bahawa persidanga­n buat benda tak betul, harap pihak berkuasa buat siasatan kenyataan ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di sini pada Jumaat.

Turut membuat laporan polis di balai yang sama ialah Ketua Puteri Umno Klang Norhaslind­awati Bujang.

Haryaty berkata Puteri Umno juga bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat fitnah itu jika ada keperluan.

Beliau berkata kenyataan bekas anggota Puteri Umno yang kini bersama PAS itu tidak berasas kerana ketika perhimpuna­n itu, Puteri Umno memberi fokus kepada kepada agenda parti.

Kira-kira 10,000 anggota Puteri Umno hadir pada perhimpuna­n yang berlangsun­g dari Selasa hingga Sabtu ini. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia