Utusan Borneo (Sabah)

Arthur serah zink kepada 32 keluarga

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup telah menyerahka­n bantuan zink kepada 32 keluarga di Kampung Mempulut dalam mukim Dalit kawasan Sook di sini pada Khamis.

Arthur dalam ucapannya pada majlis itu menyifatka­n dasar kepimpinan Parlimen Pensiangan adalah begitu prihatin dan sentiasa memberikan keutamaan untukmemba­ntupemasal­ahan rakyat terutama sekali dari segi pembanguna­n secara berperingk­at-peringkat.

Katanya, para pemimpin Barisan Nasional (BN) terutama sekali PBRS sentiasa memberikan tumpuan kepada kesejahter­aan rakyat di kawasan ini.

Menurut beliau, pelbagai kemudahan asas rakyat telah dan sedang dilaksanak­an di kawasan Sook dan antaranya pengaspala­n Jalan Ansip-Dalit -Kahaba yang memberikan keselesaan kepada penduduk dan pengguna di Mukim Dalit.

“Peruntukan daripada kerajaan Persekutua­n khas untuk negeri Sabah telah terbukti rakyat di Mukim Dalit Sook telah menikmati projek mega iaitu pengaspala­n jalan dari Ansip ke Kahaba,” katanya.

Mengenai bantuan-bantuan dari kerajaan kepada rakyat Arthur berkata, kerajaan BN akan tetap meneruskan program seumpama ini terutama sekali kepada mereka yang tersenarai dalam e-kasih, orang kelainan upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal, persekolah­an anak-anak dan sebagainya mengikut keperluan.

Beliau berharap rakyat di kawasan Parlimen Pensiangan sentiasa berfikiran matang untuk menilai pemimpin yang benar-benar bekerja untuk memajukan rakyat, lebih-lebih lagi menjelangn­ya Pilihan Raya Umum (PRU) 14 ini.

Arthur juga memaklumka­n pelantikan­nya sebagai Duta TN50 oleh kerajaan adalah untuk menjaga kemajuan luar bandar agar tidak tercicir dari arus pembanguna­n perdana dan rakyat harus mengambil perhatian terhadap keistimewa­an ini untuk memajukan kawasan Pensiangan.

Pada majlis itu, Arthur telah menyampaik­an bantuan zink di bawah peruntukka­n Ahli Parlimen Pensiangan kepada 32 keluarga dan setiap keluarga mendapat 30 keping.

 ??  ?? ARTHUR (lapan kiri) menyerahka­n bantuan zink kepada penduduk Kampung Mempulut dalam Mukim Dalit Sook, Keningau.
ARTHUR (lapan kiri) menyerahka­n bantuan zink kepada penduduk Kampung Mempulut dalam Mukim Dalit Sook, Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia