Utusan Borneo (Sabah)

Joyce pamer kegagahan

Wanita terkuat Sabah cipta nama di Johor

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Selepas dinobatkan sebagai wanita terkuat Sabah pada September lepas, Joyce Heng, 31, sekali lagi meraih gelaran sama hanya di lokasi berbeza.

Merangkul kejuaraan sebagai wanita terkuat Johor yang pertama bukanlah kemenangan yang menjadi sasaran awal buat Joyce.

Namun, hasil latihan yang konsisten dan fokus, akhirnya beliau berjaya menewaskan enam peserta sekaligus mengharumk­an nama Sabah dengan kejuaraan yang diraihnya.

Joyce hanya membuat persediaan­sekitartig­aminggu sahaja untuk menyertai pertanding­an Lelaki dan Wanita Terkuat Johor 2017 sempena Iskarnival pada 2 dan 3 Disember lepas.

Sehubungan itu, beliau tidak meletakkan harapan tinggi untuk meraih kemenangan apa lagi sebagai juara yang membawa gelaran wanita terkuat Johor.

“Saya tidak mengenali peserta yang lain sebab itulah saya tidak mahu meletakkan sasaran tinggi dan cukup sekadar menyasarka­n tiga tempat teratas.

“Mungkin satu kelebihan saya berbanding peserta lain, saya baharu sahaja menyertai pertanding­an seperti ini pada September.

“Justeru, rutin-rutin yang dipertandi­ngkan ini banyak persamaan dan saya hanya perlu teruskan latihan seperti biasa,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo selepas kembali ke Sabah pada Rabu.

Beliau berkata, membawa gelaran sebagai wanita terkuat Sabah juga memberi sedikit bebanan kepadanya.

Menurutnya, sebagai wanita pertama yang meriah gelaran itu di Sabah, beliau tidak mahu meletakkan keyakinan yang tinggi.

Katanya, apabila dapat berkenalan dengan peserta lain, ia mengurangk­an sedikit tekanan kerana ia juga satu peluang untuk berkongsi pengalaman dengan peserta lain.

“Pertanding­an di Johor ini melibatkan enam rutin termasukla­h Yoke Walk 120 kilogram (kg), Log Press 40 kg, Farmer Walk 50 kg, Loading Race 40-60-80-100 kg, Tyre Flip 180 kg, dan Truck Pull 15 tan.

“Kesemuarut­ininimeman­g agak mencabar terutamany­a Truck Pull. Namun, sepanjang pertanding­an saya cuba menumpukan perhatian dan kekalkan semangat sehingga tamat,” jelasnya.

Beliau berjaya menamatkan kesemua rutin dengan catatan rekod terbaik untuk menewaskan enam peserta lain walaupun mendapat saingan sengit.

Selepas ini, Joyce merancang untuk menyertai pertanding­an yang sama di peringkat negeri Selangor pada penghujung tahun ini.

Menurutnya, selagi ada kemampuan dan keupayaan, beliau mahu menyertai seberapa banyak pertanding­an wanita terkuat.

Katanya, ia bukan sekadar rancangan jangka masa pendek dan memerlukan komitmen berpanjang­an selagi mampu.

Selain itu jelasnya, pertanding­an ini juga tidak mengira peringkat umur dan boleh menyertain­ya hingga setakat mana ia mampu.

Beliau turut berharap, kejayaan yang dikecapiny­a itu akan menjadi inspirasi kepada wanita lain terutamany­a mereka yang mempunyai minat dalam bidang sukan itu.

Joyce mahu selepas ini lebih ramai lagi atlet Sabah yang dapat menyerlahk­an bakat dan kemampuan diri demi mengharumk­an nama negeri di bawah bayu.

Saya tidak mengenali peserta yang lain sebab itulah saya tidak mahu meletakkan sasaran tinggi dan cukup sekadar menyasarka­n tiga tempat teratas.

JOYCE HENG Wanita Terkuat Johor

 ??  ?? JOYCE tersenyum gembira menunjukka­n hadiah yang dimenangin­ya.
JOYCE tersenyum gembira menunjukka­n hadiah yang dimenangin­ya.
 ??  ?? PESERTA lelaki dan wanita untuk pertanding­an orang terkuat peringkat Johor bergambar bersama.
PESERTA lelaki dan wanita untuk pertanding­an orang terkuat peringkat Johor bergambar bersama.
 ??  ?? JOYCE berusaha sehabis tenaga menarik jentera bomba seberat 15 tan dalam rutin Truck Pull.
JOYCE berusaha sehabis tenaga menarik jentera bomba seberat 15 tan dalam rutin Truck Pull.
 ??  ?? KEKUATAN Joyce terserlah dengan membawa bebanan seberat 100 kg dalam rutin Loading Race.
KEKUATAN Joyce terserlah dengan membawa bebanan seberat 100 kg dalam rutin Loading Race.
 ??  ?? RUTIN Yoke Walk yang memerlukan­Joycememik­ul bebanan seberat 120 kg.
RUTIN Yoke Walk yang memerlukan­Joycememik­ul bebanan seberat 120 kg.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia