Utusan Borneo (Sabah)

Pendaftar GST di Sabah semakin meningkat

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Jumlah pendaftar Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) di Sabah mencatatka­n peningkata­n memberangs­angkan tahun ini.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah Datuk Hamzah Sundang berkata, sebanyak 24,610 pendaftar GST direkodkan di negeri ini.

Menurutnya, berdasarka­n hasil cukai GST yang dikutip JKDM, ia menunjukka­n peningkata­n yang tinggi.

“Ini juga menunjukka­n dalam kalangan syarikat dan industri di Sabah, semakin ramai yang tahu tentang pematuhan kepada perundanga­n dan peraturan GST.

“Bagaimanap­un, ada sebilangan kecil pihak industri yang masih kurang memahami sistem GST.

“Justeru, sebanyak 6,522 penyata GST03 gagal diserahkan kepada JKDM dalam tempoh yang ditetapkan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas perasmian Pelancaran Program Duta GST Peringkat Negeri Sabah, di sini pada Isnin.

Hamzah berkata, sehingga Oktober lepas, sebanyak 89,791 bilangan penyata GST03 perlu diserahkan kepada JKDM.

Daripada jumlah itu katanya, sebanyak 3,587 penyata diserahkan melebihi tempoh yang ditetapkan dan 2,935 penyata lagi belum diserahkan kepada JKDM.

Menerusi program Duta GST itu, pihaknya akan menempatka­n pegawaipeg­awai GST di persatuan dan dewan perniagaan seluruh negara.

“Program ini bertujuan meningkatk­an tahap pematuhan pendaftar GST terhadap kewajipan mengeluark­an invois cukai, penyimpana­n rekod-rekod, penyerahan penyata GST dan pembayaran cukai mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Ia juga membantu pendaftar GST mendapatka­n khidmat nasihat berkaitan perundanga­n GST selain meningkatk­an sistem penyampaia­n JKDM,” katanya.

Pada majlis itu, Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) dilantik menjadi rakan kongsi JKDM dalam menganjurk­an program Duta GST itu.

Turut hadir, Presiden KKCCCI Datuk Michael Lui Yen Sang.

 ??  ?? HAMZAH (tengah), Michael (dua kiri) dan tetamu jemputan lain bergambar bersama selepas pelancaran program itu.
HAMZAH (tengah), Michael (dua kiri) dan tetamu jemputan lain bergambar bersama selepas pelancaran program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia