Utusan Borneo (Sabah)

Empat nelayan hanyut ditemukan selamat

- - OLeh SITI AISYAH NARUDIN

LABUAN: Empat nelayan yang hanyut akibat kerosakan pada enjin bot di perairan Pulau Tiga dekat sini berjaya diselamatk­an.

Pasukan dari Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) di sini bertindak melancarka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa selepas menerima laporan pada jam 11 pagi Ahad.

Timbalan Pengarah (Operasi) Daerah Komander Maritim Nor Bakari Abu Bakar berkata, kehilangan keempat-empat nelayan terbabit dilaporkan oleh rakan mangsa dikenali sebagai Yunus Ali.

"Bagaimanap­un, keadaan laut yang bergelora memaksa bot ronda maritim berpatah balik ke Jeti APMM Labuan.

"Operasi mengesan bot yang hanyut itu diteruskan menggunaka­n sebuah kapal peronda maritim.

"Bot mangsa berjaya dikesan terapung bersama kesemua mangsa pada kedudukan kirakira 15 batu nautika utara Tanjung Kubung di sini," katanya mengesahka­n kejadian di sini pada Isnin.

Beliau berkata, keempatemp­at mangsa iaitu Ali @ Charlie M Yusoff, 62, Wilfred Balang Singa, 38, Jamhari Bujang, 54, dan Amir Ahmad Astor, 33, ditemukan kira-kira jam 6.50 petang Ahad dalam keadaan selamat dan keletihan.

Nor Bakari berkata, mangsa menceritak­an mereka keluar ke laut untuk memancing pada Sabtu kira-kira jam 4.10 petang.

Menurutnya, ketika sedang memancing pada waktu malam, bot mereka hanyut disebabkan hujan lebat dan ombak besar.

Keadaan itu memaksa mereka melabuhkan sauh bagi mengelakka­n hanyut jauh ke tengah laut.

“Namun, tali yang mengikat pada sauh berkenaan terputus dan mereka mengambil keputusan untuk pulang ke Labuan pada jam 6 pagi Ahad.

“Semasa dalam perjalanan pulang itu, enjin bot tiba-tiba rosak dan mengakibat­kan bot berkenaan hanyut sebelum ditemukan oleh pasukan APMM,” jelasnya.

Beliau berkata, bot mangsa seterusnya dibawa ke Jeti APMM Labuan. Namun usaha untuk menunda bot itu terjejas kerana bot berkenaan tenggelam ketika sedang ditunda akibat dimasuki air laut.

“APMM Labuan mengambil berat akan isu keselamata­n di laut yang melibatkan pemancing bot kecil dan bot-bot nelayan.

“Kerjasama daripada orang ramai amat diharapkan dengan membuat persiapan sewajarnya sebelum keluar ke laut berikutan keadaan cuaca tidak menentu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA yang diselamatk­an mengucapka­n penghargaa­n kepada pasukan APMM.
(Kiri) BOT mangsa yang ditunda ke Jeti APMM Labuan.
MANGSA yang diselamatk­an mengucapka­n penghargaa­n kepada pasukan APMM. (Kiri) BOT mangsa yang ditunda ke Jeti APMM Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia