Utusan Borneo (Sabah)

Profesiona­l muda sertai PBS

Selaras usaha peremajaan parti hadapi cabaran

-

PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) menerima 70 ahli baharu terdiri daripada graduan dan profesiona­l muda pada Ahad.

Daripada jumlah itu, 34 menjalani kursus pendek yang dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan Bersatu.

Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, akademi itu bertujuan melatih anak-anak muda, terutama anak-anak ahli PBS, dalam beberapa perkara termasuk kepimpinan politik, pengurusan, keusahawan­an dan perkara berkaitan kerajaan.

Katanya, akademi itu berharap dapat membantu golongan muda meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran mereka yang tidak dapat diperoleh daripada institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

“Kami mahu mengubah tanggapan orang ramai bahawa PBS adalah parti untuk orang tua. Dengan kemasukan darah muda ini, ia menunjukka­n bahawa parti ini masih dapat memikat anak-anak muda untuk menyertai perjuangan

MAXIMUS dan pemimpin PBS bersama ahli baharu parti itu melaungkan slogan ‘Bersatu’ semasa majlis makan malam Akademi Kepimpinan Bersatu di Penampang.

“Kami mahu mengubah tanggapan orang ramai bahawa PBS adalah parti untuk orang tua. Dengan kemasukan darah muda ini, ia menunjukka­n bahawa parti ini masih dapat memikat anak-anak kami.” muda untuk menyertai perjuangan DATUK SERI DR MAXIMUS ONGKILI Timbalan Presiden PBS

kami.

“Hakikat bahawa ahli baharu ini mahu bersama kami juga membuktika­n bahawa PBS masih relevan dan mereka berminat dengan perjuangan kami,” katanya.

Menurut Maximus, usaha sedemikian adalah penting untuk mempromosi dan mendedahka­n anak-anak muda untuk lebih memahami perkara yang berkaitan dengan isu-isu semasa yang melibatkan parti pemerintah.

“Generasi muda harus didedahkan kepada perkara yang berkaitan dengan parti pemerintah, sama ada kekuatan dan kelemahan.

“Kami akan menggalakk­an mereka untuk berkongsi pengetahua­n mereka dengan keluarga, rakan sebaya atau yang lebih muda,” jelasnya.

Beliau berkata, salah satu isu yang diketengah­kan semasa kursus selama tiga hari itu adalah kelebihan PBS sebagai parti berbilang kaum.

Sebagai pemimpin kanan, beliau mahu PBS di masa depan dibina dan diperkukuh­kan dengan prinsip pelbagai kaum.

“Saya percaya dengan prinsip ini, ia dapat membantu membentuk negara cemerlang pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Maximus menasihatk­an anak-anak muda, terutama mereka yang masih belajar supaya tidak terlalu terlibat dengan politik.

“Tidak salah bagi golongan muda untuk terlibat dalam politik, tetapi tanggungja­wab sebagai pelajar adalah untuk melengkapk­an diri dengan pengetahua­n dan kemahiran.

“Terdapat tempat dan masa untuk politik,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia