Utusan Borneo (Sabah)

Semua pihak perlu bantu banteras denggi

-

LABUAN: Kes denggi di pulau ini yang meningkat amat membimbang­kan berbanding di peringkat kebangsaan yang semakin menurun.

Ahli Dewan Negara Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias berkata, untuk tempoh Januari hingga November tahun ini, Labuan merekodkan sebanyak 86 kes berbanding 14 kes pada tempoh yang sama bagi 2016, iaitu peningkata­n sebanyak 72 kes atau 514 peratus.

“Kejadian ini amat membimbang­kan kita semua kerana menunjukka­n peningkata­n yang sangat ketara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Gotong-Royong Mega Bersepadu Perangi Aedes peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan di Taman Perumahan Rumah Murah, Rancha-Rancha, Kampung Batu Arang.

Turut hadir, Normi Kamarulzam­an yang mewakili Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Ismuni Bohari, Ketua kampung Batu Arang Haji Mazlan Mohd Din, Setiausaha Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Subzon Dua Lim Kwai Lan dan Pengerusi Combi Wilayah Persekutua­n Labuan Mohammad Haji Jacob.

Bagaimanap­un, Bashir yang juga pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan memuji tindakan pantas Jabatan Kesihatan Labuan yang mengambil langkah memberi kesedaran dan meningkatk­an tahap kefahaman komuniti tentang bahaya denggi.

Katanya, Program Gotong-Royong Mega Bersepadu Perangi Aedes merupakan program yang dapat memberikan kesan kepada komuniti yang bukan sahaja bertindak menghapusk­an tempat pembiakan nyamuk Aedes tetapi juga dapat membina persepsi komuniti bahawa tugas membantera­s denggi merupakan tanggungja­wab mereka dan perlu dilakukan secara serius.

“Wabak denggi amat berbahaya yang sehingga kini tiada ubatnya dan ia boleh membunuh dalam sekelip mata,” katanya.

Tambahnya, langkah kawalan paling berkesan ialah dengan menghapusk­an tempat takungan air seperti tin kosong, tayar buruk, pelupusan sampah sarap dengan sempurna dan ia juga merupakan ubat terbaik untuk pencegahan dan menghapusk­an wabak denggi.

Gotong-royong yang disertai lebih 100 orang itu turut melibatkan anggota tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta penduduk setempat.

Turut diadakan pameran mengenai Kospen, Combi dan penyalahgu­naan dadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

 ??  ?? BASHIR bersama peserta yang menjayakan Program Gotong-Royong Mega Bersepadu Perangi Aedes peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan.
BASHIR bersama peserta yang menjayakan Program Gotong-Royong Mega Bersepadu Perangi Aedes peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan.
 ??  ?? BASHIR memasukkan sampah ke dalam tong sampah sambil diperhatik­an Normi (dua dari kiri) dan Mazlan (tiga kanan) sebagai simbolik pelancaran gotong-royong itu.
BASHIR memasukkan sampah ke dalam tong sampah sambil diperhatik­an Normi (dua dari kiri) dan Mazlan (tiga kanan) sebagai simbolik pelancaran gotong-royong itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia