Utusan Borneo (Sabah)

Pengerusi JKPSB sahkan SPRM ambil dokumen

-

GEORGE TOWN: JKP Sdn Bhd (JKPSB), sebuah agensi kerajaan Persekutua­n, mengesahka­n Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil beberapa dokumen bagi membantu siasatan berkaitan isu kepentinga­n dan pengurusan kewangan agensi itu.

Pengerusin­ya Datuk Seri Zainal Abidin Osman yang mengesahka­n perkara itu berkata pihaknya mengamalka­n sikap terbuka sekiranya ada pihak yang membuat laporan kepada SPRM dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan itu.

Menurutnya pegawai SPRM hadir ke pejabat JKPSB ketika Perhimpuna­n Agung Umno sedang berlangsun­g di Kuala Lumpur minggu lepas ketika desasdesus berhubung “lawatan “SPRM” itu dilaporkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan kunci Pangsapuri Bayu Tiara di sini hari ini, ketika ditanya berhubung dakwaan terdapat aduan dibuat kepada SPRM terhadap Ketua Pegawai Eksekutif JKPSB Samrulzama­n K. Mohideen berhubung perkara itu.

Zainal Abidin yang juga pengerusi Majlis Tindakan Persekutua­n Negeri Pulau Pinang berkata setakat ini SPRM mengambil beberapa maklumat dan dokumen berkaitan.

“Biar SPRM jalankan siasatan dan sebagai pengerusi JKPSB saya ingin menyatakan bahawa kami akan bagi kerjasama sepenuhnya dan kami akan arahkan kakitangan kami untuk memberi sepenuh kerjasama, memberi semua dokumen yang diperlukan SPRM.

“Jangan buat apa-apa kesimpulan, jangan buat andaian… sama ada terdapat kes atau tidak terpulang pada siasatan SPRM, “katanya yang menambah setakat ini belum ada sesiapa yang dipanggil memberi keterangan.

Zainal Abidin berkata mesyuarat Lembaga Pengarah JKP sebelum ini juga telah membuat keputusan menubuhkan Jawatankua­sa Siasatan Dalaman dan jawatankua­sa itu sudahpun menyiapkan laporannya dan akan dibentangk­an pada mesyuarat khas Lembaga Pengarah esok.

“Salinan laporan siasatan itu akan dikemukaka­n kepada pihak SPRM dan mengikut tatacara pengurusan di bawah agensi kerajaan, apabila diadakan siasatan, kami minta pihak yang disiasat itu supaya bercuti,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia