Utusan Borneo (Sabah)

BN boleh pertahan Sepanggar

Jumat yakin catat pertambaha­n majoriti

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) yakin mampu mempertaha­nkan kerusi Parlimen Sepanggar dengan majoriti undi lebih tinggi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris yakin sekiranya dicalonkan semula bagi mempertaha­nkan kerusi itu, kawasan berkenaan akan kekal dalam BN.

“Bagaimanap­un, keputusan untuk menentukan calon yang akan bertanding di sini adalah bergantung kepada pilihan pucuk pimpinan parti dan saya bersifat terbuka sekiranya terdapat calon lain yang akan dicalonkan.

“Kalau tanya saya, saya memang mahu lagi untuk dicalonkan kerana banyak lagi perkara yang belum saya selesaikan.

“Kalau saya dicalonkan semula, saya berani mengatakan bahawa majoriti undi akan bertambah dan tidak akan berkuranga­n kerana hasil daripada kerja turun padang selama empat tahun ini, saya telah meninjau lebih tujuh ribu rumah dan mendapat maklum balas yang baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Makan Malam Sempena Hari Natal Parlimen Sepanggar, di sini pada malam Ahad.

Beliau turut menyokong penuh saranan yang mencadangk­an agar BN meletakkan lebih ramai calon dalam kalangan generasi muda pada PRU akan datang.

“Sudah tiba masanya untuk BN dan Umno khususnya melihat kembali dan menukar kepimpinan ini kepada generasi muda.

“Pelan peralihan itu harus berlaku sekarang, kalau tidak ia akan lambat,” katanya.

Menurutnya, kenyataan itu tidak akan menyebabka­n perpecahan dalam kalangan pemimpin kerana pemimpin yang matang tidak akan

“Bagaimanap­un, keputusan untuk menentukan calon yang akan bertanding di sini adalah bergantung kepada pilihan pucuk pimpinan parti dan saya bersifat terbuka sekiranya terdapat calon dicalonkan.” lain yang akan DATUK JUMAT IDRIS Ahli Parlimen Sepanggar

melihatnya sebagai negatif dan harus terima hakikat bahawa perlu ada perubahan.

Mengulas majlis berkenaan, Jumat menyatakan program seumpama itu diadakan setiap tahun sejak beliau menjadi Ahli Parlimen Sepanggar dan turut diadakan sempena Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina dan juga Pesta Kaamatan.

 ??  ?? JUMAT (tengah) menyempurn­akan acara memotong kek pada majlis itu.
JUMAT (tengah) menyempurn­akan acara memotong kek pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia