Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Kastam dijangka gantung lesen 12 ejen penghantar­an

-

KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia dijangka menggantun­g lesen 12 ejen penghantar­an tidak lama lagi, yang disyaki terlibat membuat ikrar palsu berkaitan pelanggan mereka bagi tujuan membantu penipuan, penyeludup­an barang atau melarikan cukai.

Ketua Pengarahny­a Datuk Seri Subromania­m Tholasy berkata adalah mustahil bagi ejen-ejen ini untuk tidak tahu barang apa yang dibawa mereka, kerana salah satu daripada syarat lesen diberikan kepada mereka adalah, mereka perlu tahu pelanggan mereka.

Beliau berkata 12 ejen ini sedang disiasat kerana berdasarka­n sistem demerit yang diperkenal­kan Jabatan Kastam sekitar April lepas, ejen-ejen ini disyaki melakukan banyak kesalahan, seperti meletakkan nama syarikat pelanggan yang tidak betul atau alamat pelanggan yang palsu.

“Banyak kali siasatan kita tergendala disebabkan isu nama dan alamat pelanggan ini, sebab itu cara terbaik ialah kita gantung atau batalkan lesen ejen-ejen ini, yang juga boleh menjadi amaran kepada ejen-ejen penghantar­an yang lain” katanya dalam satu persidanga­n di Wisma Kastam.

Menurutnya kebanyakan ejen-ejen ini beroperasi di pelabuhan di Johor, Pelabuhan Klang, Bukit Kayu Hitam, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Sementara itu Sub roman i am berkata Kastam Sarawak pada 4 Disember lepas berjaya merampas sebuah kontena memuatkan 4.3 juta batang rokok yang belum lulus kastam di Pelabuhan Senari, kira-kira-kira 20km dari sini.

Beliau berkata rokok putih jenama Rave yang dimuatkan dalam 430 “master case” dianggar bernilai RM390,000 dengan nilai cukai dianggar RM3.02 juta, dan siasatan mendapati barang dagangan itu diikrar sebagai 300 peluntur pengilat kuku dan 330 karton cecair pembersih dalam Sistem Maklumat Kastam.

“Semua rokok itu disita di bawah peruntukan Seksyen 114, Akta Kastam 1967 kerana disyaki diimport tanpa lesen. Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport barang larangan,” katanya.

Beliau berkata jika sabit kesalahan, denda akan dikenakan tidak kurang daripada 10 kali ganda amaun duti kastam dan tidak lebih dari 20 kali ganda, atau hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia