Utusan Borneo (Sabah)

Kontraktor didakwa atas dua tuduhan menipu

- - Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang kontraktor didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan cuba menipu seorang wanita melibatkan projek penswastaa­n pemasangan lampu jalan.

Ruddy Hanafie Mohammed Sapawae, 32, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama.

Mengikut pertuduhan, tertuduh cuba menipu Selina Sophia Hee Wai Ling untuk memberikan kelulusan cadangan projek berkenaan di Sabah, dengan menggunaka­n dokumen palsu.

Kesalahan dilakukan pada 28 Mac pada waktu malam, di Hotel Hilton di sini.

Jika sabit kesalahan penjara selama tempoh lima tahun dan sebat, atau dengan denda.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan pada 10 Januari tahun hadapan untuk pengurusan kes terhadap Ruddy yang diwakili peguam Hamid Ismail.

Dalam kes berasingan, tertuduh sekali lagi didakwa menipu seorang lelaki melibatkan wang sebanyak RM70,000 berkaitan dengan projek pembaikan jalan raya.

Majistret Afiq Agoes menetapkan pada tarikh yang sama untuk pengurusan kes terhadap Ruddy, selepas mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tertuduh menipu Hew Wai Lam@ William untuk menyerahka­n wang berkenaan, sebagai dorongan untuk pembaikan jalan raya di Kampung Nunuk Ragang, daerah Ranau.

Kesalahan dilakukan pada sekitar Disember 2014 tengah hari di restoran Lucy’s Kitchen, Kepayan.

Hukuman yang diperuntuk­kan jika sabit kesalahan penjara selama tempoh sepuluh tahun dan sebat, atau boleh dikenakan denda.

Untuk kedua-dua pertuduhan berkenaan, Cindy dan Afiq masingmasi­ng memberikan ikat jamin sebanyak RM3,500 deposit RM2,500 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia