Utusan Borneo (Sabah)

Persaraan proses peralihan setiap individu bekerja

- (tengah), Joannes dan Mas Farisan bersama para penerima sijil Jasamu Dikenang.

KOTA KINABALU: Persaraan merupakan satu fasa perubahan dalam kehidupan di mana ia memerlukan proses adaptasi yang perlu dilakukan.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai berkata, persaraan bukan satu noktah, sebaliknya ia merupakan satu episod peralihan dalam hidup yang membuka lembaran baharu yang cenderung memberi kesan kepada kesejahter­aan psikologi.

“Kesan psikologi misalnya mengalami perasaan kehilangan rakan, status mahupun identiti diri boleh menjejas kualiti kehidupan selepas persaraan.

“Namun, saya percaya pesara telah bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menempuhi fasa baharu ini. Sudah pasti pelbagai agenda telah dirancang dan bersesuaia­n dengan matlamat dan kecenderun­gan diri pesara.

“Saya pasti ada yang terus bersemanga­t untuk bekerja, malah ada yang akan menumpukan perhatian kepada keluarga, mendalami ilmu agama atau memberi sumbangan kepada masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Jasamu Dikenang DBKK di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu pada Jumaat.

Yeo berkata, banyak kenangan indah, pahit dan manis telah dicoretkan sepanjang berkhidmat di DBKK.

Katanya, tempoh yang panjang dalam perkhidama­tan awam rata-rata melebihi 30

“Saya pasti ada yang terus bersemanga­t untuk bekerja, malah ada yang akan menumpukan perhatian kepada keluarga, mendalami ilmu agama atau memberi sumbangan kepada masyarakat setempat.

DATUK YEO BOON HAI

YEO Mayor Bandaraya Kota Kinabalu

tahun telah pun membentuk keperibadi­an dan identiti diri sebagai penjawat awam.

“Saya percaya pengalaman dan kenangan seumpama ini tidak dapat dibeli atau disamakan dengan mana-mana individu lain,” katanya.

Beliau menyeru agar segala perkongsia­n pengalaman dan kepakaran dapat diadakan secara muhibah melalui pendekatan betul dan tepat.

“Ia kerana, sekiranya kepakaran dan perkongsia­n ini tidak disalurkan melalui landasan yang betul, secara tidak langsung akan mencalarka­n nama dan imej DBKK,” katanya dan berharap agar tahap kesejahter­aan itu dikekalkan.

Di majlis itu, Yeo turut merakamkan ucapan terima kasih kepada para petugas DBKK, agensi kerajaan negeri dan Persekutua­n, agensi badan berkanun serta pemimpin pembanguna­n masyarakat kawasan Karambunai, Inanam, Likas, Api-Api, Luyang dan Tanjung Aru serta beberapa syarikat konsesi yang telah bertungkus lumus memberi pertolonga­n dan menyelamat mangsa bencana alam yang berlaku di beberapa kawasan, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah Fairgrand Developmet Sdn Bhd Datuk Edward Khoo Keok Hai, Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Amrullah Kamal, Timbalan Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu George Abdul Rahman, Ahli Lembaga Penasihat DBKK Datuk Hajah Mariati Robert, Ketua Pengarah DBKK Datuk Joannes Solidau dan Pengerusi Pelaksana Majlis Mas Farisan Haji Salleh.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia