Utusan Borneo (Sabah)

Komponen BN sokong perjuang hak Sarawak

-

KUCHING:Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak sebulat suara menyokong penuh usaha Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dalam memperjuan­gkan hak Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, pendirian dan kedudukan Sarawak untuk memperjuan­gkan hak dalam MA63 telah dijelaskan oleh Ketua Menteri.

“Maka itu, kita (BN Sarawak) tetap berdiri teguh dengan apa yang dikatakan oleh Ketua Menteri dan juga, kita berdiri teguh dengan usul MA63 yang telah diluluskan dalam Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November lalu.

“Sebarang penjelasan lanjut akan menyebabka­n kerumitan dan kekeliruan terhadap isu ini... tiada lagi komen,” katanya ketika ditanya media selepas menyempurn­akan Majlis Penyampaia­n Sumbangan Kepada Masjid dan Surau di Masjid Darul Hana di sini, semalam.

Sebanyak 38 masjid dan surau dari kawasan DUN Pantai Damai, DUN Demak Laut serta masingmasi­ng satu surau di Taman BDC Stampin dan Stapok menerima geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM255,000.

Sementara itu, mengulas mengenai Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang tidak sependapat dengan Sarawak dan Sabah berhubung isu MA63, Asfia menegaskan bahawa pandangan dan pendirian Ketua Menteri kita amat jelas.

“Apa yang beliau (Abang Johari) katakan adalah berdasarka­n fakta, sejarah, perlembaga­an dan undangunda­ng. Ia bukannya berdasarka­n emosi, jadi kita berdiri teguh dengan perkara itu,” jelasnya.

Hadir sama, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi dan ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia