Utusan Borneo (Sabah)

TRUMS anjur Program Kepimpinan Global

-

KOTA KINABALU: Kelab Pelanconga­n Universiti Malaysia Sabah (TRUMS) menganjurk­an Program Kepimpinan Global (GLP) bertempat di Hotel Lab, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS.

Pengarah program, Zarsha Chong berkata program itu mendapat penyertaan seramai 35 pelajar dari 10 fakulti yang terdapat di UMS.

“GLP antara lain memberi pendedahan tentang kemahiran teknik berkomunik­asi di peringkat global sebagai persiapan untuk para pelajar menghadapi cabaran terkini dalam pasaran kerja.

“Justeru, ini merupakan satu peluang yang baik untuk para peserta menambahka­n kemahiran insaniah sekali gus menjadi graduan yang berdaya saing apabila menamatkan pengajian kelak,” katanya yang juga Ahli Majlis Perwakilan Pelajar bagi Kerusi Fakulti di FPEP.

Program sehari itu menyaksika­n tiga pensyarah FPEP yang berpengala­man

PARA peserta mengambil gambar kenangan bersama penganjur. Turut kelihatan Kamisan (empat dari kiri).

dijemput sebagai penceramah jemputan.

Mereka ialah Dr Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul, Mohd Rizwan Abdul Majid dan Datu Razali Datu Eranza yang membicarak­an topik Etika Perniagaan Global, Etika dan Tatacara Makan serta topik Komunikasi Rentas Budaya.

Kesemua peserta kemudianny­a turut menjalani praktikal etika dan tatacara makan dengan mengaplika­si pengetahua­n yang diperoleh pada acara makan tengahari yang disediakan pelajar Program Pengurusan Hotel di Restoran Hotel Lab, FPEP.

Dalam pada itu, Penasihat TRUMS Dr Tini Maizura Mohtar berkata penganjura­n program itu adalah satu platform yang baik untuk meningkatk­an keyakinan dan kemahiran insaniah pelajar.

“Atas dasar itu, kemungkina­n besar program ini kita wujudkan satu modul untuk menjadi ia sebagai program tahunan anjuran TRUMS,” katanya.

Hadir sama pada program itu, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Pascasiswa­zah) FPEP Dr Kamisan Pusiran.

 ??  ??
 ??  ?? PARA peserta sedang mendengar topik Etika Perniagaan Global dari Dr Awangku Hassanal.
PARA peserta sedang mendengar topik Etika Perniagaan Global dari Dr Awangku Hassanal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia