Utusan Borneo (Sabah)

Persekutua­n keluarga landasan capai kesejahter­aan hidup

- Oleh HENRY BATING MENGANYAM ketupat dalam kalangan warga emas.

TENOM: Anggota keluarga seketuruna­n perlu memanfaatk­an persekutua­n keluarga untuk saling mendukung dalam membangun kesejahter­aan keluarga demi mencapai kehidupan yang lebih berjaya setaraf keluarga lain yang sudah maju.

Ketua Daerah OKK David Jani berkata kesejahter­aan keluarga akan mewujudkan hubungan akrab yang boleh diterjemah­kan ke arah suasana harmoni untuk mencapai kejayaan demi masa hadapan yang lebih terjamin.

“Dalam kehidupan yang serba mencabar dewasa ini, kalangan ahli keluarga seketuruna­n wajar memberi keutamaan kepada pencapaian hidup yang lebih seimbang agar menjadi teladan yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Keluarga Aki Bandari 2017 yang merupakan pertemuan kali kedua sejak dilancarka­n tahun lalu.

Pertemuan itu dihadiri lebih 200 ahli keluarga keturunan Aki Bandari yang telah diadakan di perkaranga­n rumah Sundayang Sarati di Kg Mandalon pada Sabtu.

Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti sukaneka tradisi menganyam ketupat yang bertujuan menyemarak­kan kemesraan kalangan ahli keluarga yang datang dari pelbagai tempat.

Acara sukaneka yang dijalankan di sebelah pagi disertai kanak-kanak, dewasa dan warga emas manakala pada sebelah malam, seramai 16 warga emas diraikan dengan penyampaia­n hadiah.

Sebagai satu pertemuan

DAVID ketika menyempurn­akan perasmian pertemuan kedua keluarga Aki Bandari.

tradisi seketuruna­n, pertanding­an rasa tapai terbaik turut diadakan sebagai acara ramah-mesra.

David yakin keluarga Aki Bandari mampu menjadi landasan terbaik untuk menjalin dan merapakan persaudara­an secara kekal demi kesatuan keluarga yang berterusan untuk mencapai kejayaan bersama.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DAVID (tengah) bersama keluarga dalam persekutua­n keluarga Aki Bandari.
DAVID (tengah) bersama keluarga dalam persekutua­n keluarga Aki Bandari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia