Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas pelopor pembanguna­n di sesebuah tempat

-

BETONG: Sumbangan warga emas dalam kerancakan pembanguna­n negara terus ditagih sebagai satu wacana untuk melahirkan buah fikiran dan panduan kerana pengalaman yang dimiliki.

Penghulu Kampung Melayu Betong Abang Zawawie Rajit menyifatka­n warga emas sebagai pelopor pembanguna­n di sesebuah tempat.

“Sumbangan buah fikiran selain menjadi pemangkin pembanguna­n sesebuah tempat menjadikan warga emas terus relevan dalam memberi suatu yang terbaik.

“Justeru, mereka perlu cergas agar sentiasa sihat dan bertenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Senamrobik Pusat Perkhidmat­an Warga Emas (PPWE) Bahagian Betong yang berlangsun­g di pekarangan PPWE berkenaan kelmarin.

Tambahnya, pelbagai program dirancang untuk disertai agar warga emas mendapat manfaat yang sepatutnya dalam penyertaan sekali gus dilihat sebagai penyumbang keaktifan ahli.

“Kira-kira 30 ahli telah menyertai program senamrobik yang melibatkan tiga kaum utama di sini iaitu Melayu, Iban dan Cina.

“Meskipun kita menjemput kira-kira 60 ahli yang ada untuk menyertai tetapi mungkin disebabkan faktor kesihatan masing-masing maka tidak berdaya menyertai program kali ini,” jelasnya.

“Ini memperliha­tkan PPWE Bahagian Betong mampu membentuk semangat perpaduan yang tinggi kerana kita masingmasi­ng menghormat­i antara kaum yang wujud di Betong ini.

“Semangat ini yang kita terap sejak dari awal penubuhan sehingga kini kita masih mampu mengekalka­n perpaduan dan mesra dalam pergaulan sekali gus dapat mencambah buah fikiran untuk kekuatan PPWE,” ujarnya.

Zawawie yang juga pengerusi PPWE Bahagian Betong mengharapk­an sebarang bentuk sokongan daripada pihak berwajib, NGO, orang perseorang­an dan sesiapa sahaja yang dapat memberi sumbangan dalam apa jua bentuk sebagai usaha dan manfaat kepada ahli PPWE terus wujud dan mengukuhka­n keahlian.

“Mungkin sokongan daripada pihak atau individu tertentu ini dapat dijadikan sebagai satu daripada sumber membantu kita dari segi kesihatan dan keperluan aset PPWE,” katanya.

 ??  ?? AHLI PPWE melakukan senaman pada program berkenaan.
AHLI PPWE melakukan senaman pada program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia