Utusan Borneo (Sabah)

Sabah mara ke pusingan kedua

Kejohanan Hoki TNB-1MAS Bawah 14 Tahun Kebangsaan 2017

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Tiga kemenangan memberi laluan pasti untuk Sabah mara ke pusingan kedua Kejohanan Hoki TNB-1MAS Bawah 14 Tahun Kebangsaan 2017.

Kejohanan yang kini sedang berlangsun­g di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu, bermula 8 Disember dan dijadual akan berakhir 16 Disember (Sabtu) ini.

Sabah memulakan langkah kanan dengan menewaskan Negeri Sembilan menerusi jaringan tunggal perlawanan oleh Noor Izzul Rahman pada minit ke-31.

Kejayaan itu memberi moral tinggi untuk pasukan negeri ini melakukan kejutan besar dengan mengalahka­n Kuala Lumpur dalam perlawanan kedua menerusi agregat 2-1.

Kali ini Haziq Haiqal Daus menjadi wira Sabah dengan melakukan dua pukulan cantik membolosi gawang pasukan ibu kota, masing-masing pada minit ke-17 dan ke-36, untuk kedudukan 2-0, sebelum pemain Kuala Lumpur; Danish merapatkan jurang pada minit ke-44 tetapi keputusan kekal sehingga ke wisel penamat.

Kejayaan mengatasi Kuala Lumpur itu membuatkan anakanak buah jurulatih Hasrul Jideh semakin dahagakan kemenangan.

Berhadapan Terengganu untuk perlawanan ketiga Liga Kumpulan C, Sabah memulakan rentak berpesta gol dengan mendahului 5-1 sebelum lawan menambah dua jaringan dan Sabah menutup tirai aksi dengan gol keenam untuk kedudukan 6-3.

Mohamad Syafiq Lamatta membuka tirai jaringan seawal minit keenam sebelum Mohd Daniel Hakim Yusaini menjadikan kedudukan 2-0 pada minit kelapan.

Hadrie cuba merapatkan kedudukan menerusi jaringan minit ke-18 untuk kedudukan 1-2, tetapi Chyreal Harvie Ahinin bertindak cemerlang menyudahka­n peluang pada minit ke-29 untuk kedudukan 3-1 Sabah di hadapan.

Belum berpuas hati, pemain-pemain Sabah terus bertindak agresif melakukan asakan bertali-arus ke gawang lawan.

Keadaan tertekan memasak mereka dihukum dua kali dengan pukulan penalti yang mana disudahkan kemas oleh Muhd Izaz Afdhaal dan Herryzolly Peter masingmasi­ng pada minit ke-35 dan ke-42 untuk Sabah selesa 5-1.

Di kala berbaki beberapa minit lagi sebelum perlawanan berakhir, Terengganu cuba bangkit dengan dua gol masing-masing oleh Muhd Hariz dan Mohd Alif pada minit ke-44 dan ke-49, tetapi Mohd Syafiq menjaringk­an gil kedua peribadi dan yang keenam untuk pasukan pada minit ke-50, sebelum wisel penamat ditiup.

Sabah akan menutup aksi pusingan pertama berhadapan Kedah pada jam 10.00 pagi ini sebelum undian perlawanan ke pusingan kedua Liga X-Y dilakukan.

Pasukan bimbingan pengurus pasukan Azriansyah Ahmad itu akan meneruskan aksi esok (13 Disember).

 ??  ?? PASUKAN Sabah sebelum memulakan perlawanan ketiga Kejohanan Hoki TNB-1MAS Bawah 14 Tahun Kebangsaan 2017 berhadapan Terengganu di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad.
PASUKAN Sabah sebelum memulakan perlawanan ketiga Kejohanan Hoki TNB-1MAS Bawah 14 Tahun Kebangsaan 2017 berhadapan Terengganu di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia