Utusan Borneo (Sabah)

KK dominasi karate

Rangkul empat pingat emas, satu perak dan dua gangsa

-

SANDAKAN: Karate sukan pertama melabuhkan tirai saingan SAGA VIII pada Isnin menyaksika­n dominasi Kota Kinabalu dengan merangkul empat pingat emas, satu perak dan dua gangsa.

Kota Kinabalu yang memulakan cabaran di hadapan dengan dua emas dan satu perak pada Ahad meneruskan penguasaan dengan menambah dua emas dan dua gangsa pada pertanding­an di Dewan Serbaguna Libaran itu.

Emas ketiga Kota Kinabalu disumbangk­an pasukan kata wanita yang dianggotai Juslin Juman, Olevia Demuius dan Nur Ayeen manakala emas keempat dimenangi pasukan kata lelaki yang dianggotai Kenlorenso­n Nam, Brad Wales Wong dan Ivan Charles.

Pemenang pingat emas lain kelmarin adalah Siti Nuur Waan Ngandrok (Sandakan) dalam kategori kumite 50kg ke bawah wanita, Racchna Joe (Tenom - kumite 55kg ke bawah wanita), Racheal Joe (Tenom - kumite 68kg ke bawah wanita), Josvin Jase (Keningau- kata lelaki individu), Pg Azhar Azlan (Tuaran - kumite 67kg ke bawah lelaki), Beryl Ashley Blantocas (Putatan - kumite 67kg ke bawah lelaki), Mc Royce Donovan Dagul (Putatan - kumite 75kg ke bawah lelaki) dan Muhammad Danial Mustapha (Beaufort - kumite 84kg ke bawah lelaki).

Keputusan itu meletakkan Putatan di tangga kedua dengan dua emas dan empat gangsa diikuti Tenom (2e, 3g), Sandakan (1e, 1p, 4g), Keningau (1e, 1p, 3g), Tambunan (1e, 1p, 2g), Kota Belud (1e, 1g), Tuaran (1e, 1g), Beaufort (1e), Penampang (4p, 1g), Papar (2p, 3g), Nabawan (2p, 1g), Tawau (1p, 1g), Telupid (1p), Kinabatang­an (1g) dan Beluran (1g).

Pertanding­an selama dua hari itu menawarkan keseluruha­n 28 gangsa selepas pemenang dua kategori iaitu kumite 68kg ke bawah wanita individu dan kumite 84kg ke atas lelaki tidak diambilkir­a dalam kutipan pingat kerana penyertaan kurang daripada enam yang diwajibkan.

Pengarah teknikal, Julian Chin berkata, secara keseluruha­nnya acara karate itu berjalan dengan lancar terutama dengan kerjasama semua kontinjen dan pegawai teknikal serta sokongan Kementeria­n Belia Dan Sukan dan Majlis Sukan Negeri Sabah.

“Dari segi prestasi atlet, boleh saya katakan ia tidak jauh berbeza berbanding SAGA sebelum ini. Kita perlu menggandak­an usaha untuk memperting­katkan lagi prestasi atlet kita agar tidak ketinggala­n dengan atlet negeri lain.

“Kami akan kembali kepada jurulatih..akan adakan kursus jurulatih sebagai antara usaha usaha meningkatk­an prestasi karatekas kita,” kata Julian Chin yan juga Setiausaha Agung dan jurulatih Persatuan Karate Sabah (SKA).

Turut datang menyaksika­n beberapa acara akhir seterusnya menyampaik­an hadiah adalah Pengarah MSN Sabah, Terrance Pudin.

 ??  ?? SKUAD karate Kota Kinabalu merakamkan reaksi gembira besama Julian (berdiri di
kiri).
SKUAD karate Kota Kinabalu merakamkan reaksi gembira besama Julian (berdiri di kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia