Utusan Borneo (Sabah)

Beaufort, Penampang tambah emas berbasikal

-

DAYANG Ina Shazlyana Suhaimi terus cemerlang membantu Beaufort menambah pingat emas selepas menjuarai acara 200 meter pecut berbasikal yang berlangsun­g di Jalan Susur Masuk Politeknik, pada Isnin.

Pada pusingan akhir, Dayang berjaya menamatkan kayuhan dengan masa 00:13.770 saat sekaligus menewaskan Arni Sanuddin dari Keningau yang mencatatka­n masa 00:14.200 saat.

Manakala, tempat ketiga dimenangi oleh Maizura Maurie dari Tambunan selepas menewaskan rakan sepasukann­ya, Gertrude Augustine.

Bercakap kepada media, Dayang, 16, bersyukur dengan kemenangan yang diperolehi meskipun hanya menjalani latihan selama dua minggu sebelum SAGA ke-8 bermula.

“Selepas ini, saya ada dua lagi acara iaitu mountain bike dan jarak jauh. Saya akan berikan yang terbaik untuk menang dalam dua acara itu,” katanya yang sebelum ini turut menjuarai acara 500 meter pecut berbasikal.

Bagi kategori lelaki pula, Jonard Ong Chee Wei dari Penampang muncul juara dengan catatan masa 00:11.710 saat sekaligus berjaya menebus kekalahan menerusi acara 1 kilometer pecut pada Ahad.

Dalam pusingan akhir, Jonard menewaskan Lee San Hang dari Beaufort yang mencatat masa 00:13.171 saat. Manakala, tempat ketiga dimenangi oleh Waldron Chee Wen Chun dari Papar yang menewaskan Lee Jun dari Kota Marudu.

Majlis penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan oleh Timbalan Setiausaha Tetap KBSS, Haji Mat Jaidin Mohd Yassin dan Pegawai Daerah Beaufort, Haji Mohd Shaid Haji Othman.

 ??  ??
 ??  ?? (Atas) SESI penyampaia­n pingat kepada peserta lelaki. (Kanan) ACARA penyampaia­n hadiah kepada pemenang bagi acara 200 meter pecut berbasikal.
(Atas) SESI penyampaia­n pingat kepada peserta lelaki. (Kanan) ACARA penyampaia­n hadiah kepada pemenang bagi acara 200 meter pecut berbasikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia