Utusan Borneo (Sabah)

Keningau kekal di tangga teratas

-

KEDUDUKAN tiga pasukan teratas SAGA VIII tidak berubah apabila tiada pasukan mendominas­i 15 pingat emas, 15 perak dan 27 gangsa yang ditawarkan sehingga sehingga jam 6.30 petang pada Isnin.

Keningau kekal di tangga teratas dengan tambahan satu emas dan dua gangsa untuk keseluruha­n 11 emas, lima perak dan tiga gangsa manakala Tawau kekal di tangga kedua dengan tambahan satu emas, empat perak dan dua gangsa untuk keseluruha­n lima emas, 11 perak dan tujuh gangsa dan Kota Kinabalu di tangga ketiga dengan tambahan dua emas empat gangsa untuk keseluruha­n lima emas, dua perak dan lapan gangsa.

Papar bagaimanap­un memintas Tuaran di tangga keempat selepas mengumpul empat emas, tiga perak dan empat gangsa manakala Tuaran di tangga kelima dengan dua emas, satu perak dan empat gangsa.

Tambunan kekal ditangga keenam dengan dua emas, satu perak dan empat gangsa tetapi Putatan dan Tenom melonjak dari tangga ke-16 dan 15 ke tangga ketujuh dan kelapan selaepas masingmasi­ng menang dua emas pertama.

Beaufort juga menambah satu pingat emas menerusi acara berbasikal.

Pingat emas pertama acara olahraga yang bermula kelmarin pula dimenangi Marlin Hing William dari Pitas yang juga pingat pertama daerah itu.

Marlin mencatat 13:25.11s manakala tempat kedua Elyza Lai Nyuk Len (Kota Marudu - 14:23.13s) dan ketiga Noradila Sapiri (Ranau - 14:30.98s).

Saga VIII akan berlangsun­g sehingga 15 Disember dengan tawaran pingat keseluruha­n 195 emas, 195 perak dan 281 gangsa.

Sukan dwi tahunan terbesar Sabah itu melibatkan penyertaan 26 pasukan daerah.

 ??  ?? MARLIN, pemenang pingat emas pertama olahraga dalam acara 3000m sedang menuju ke garisan penamat.
MARLIN, pemenang pingat emas pertama olahraga dalam acara 3000m sedang menuju ke garisan penamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia