Utusan Borneo (Sabah)

Keningau mara ke akhir acara tenis

-

KENINGAU melakukan dua kejutan untuk mara ke perlawanan akhir tenis Sukan Sabah (SAGA) VIII Sandakan 2017 kategori berpasukan wanita.

Selepas kejutan besar menewaskan Kota Kinabalu dalam perlawanan liga menerusi agregat 3-0, Keningau terus membuktika­n keupayaan mereka dengan menundukka­n Lahad Datu dalam perlawanan separuh akhir menerusi agregat 2-1.

Kota Kinabalu yang muncul selaku naib johan kumpulan mara ke pusingan kedua separuh akhir, sebelum menghidupk­an kembali peluang dengan mengalahka­n Tawau 3-0 untuk bertemu semula dengan Keningau di perlawanan akhir bermula 8.30 pagi ini.

Aksi separuh akhir menyaksika­n Callis Fung mengutip mata pertama Ken ingau menewaskan Jas ni ta Zainal menerusi keputusan 60, 1-6 dan 10-0 menerusi aksi `super tie break’.

Selepas itu Callis yang berpasanga­n Serena Taherin mengutip mata kemenangan dengan mengalahka­n Fazilawati/Nur Fadila menerusi keputusan 6-1,6-0.

Perseorang­an kedua Keningau; Sabrina Trisha mendahulu4-3tetapimem­beri kemenangan kepada lawan untuk memberi tumpuan tenaga dalam perlawanan akhir.

Bagi Kota Kinabalu pula, Nurul Aziz mengutip mata pertama dengan menewaskan Nur Syafitri 6-1, 6-3 diikuti gandingan adik-beradik Serena/Sabrina David mengalahka­n Nur Farhana/Nur Aqila menerusi keputusan 6-2, 6-4 untuk mata kemenangan sebelum perseorang­an kedua Chang Ken Wynn menundukka­n Nur Shahirah menerusi keputusan 6-1, 6-1 untuk melengkapk­an keputusan 3-0.

Kedua-dua perlawanan itu turut disaksikan oleh presiden Persatuan Tenis Negeri Sabah (STA) Johnson Koh.

 ??  ?? JOHNSON (tengah) bersama pasukan Keningau (kanan Johnson) yang diketuai oleh pengurus pasukan Rashid Ghani dan pasukan Kota Kinabalu (kiri Johnson) yang diketuai oleh Nurshaneem Shamsuddin di SAGA VIII Sandakan 2017 pada Isnin.
JOHNSON (tengah) bersama pasukan Keningau (kanan Johnson) yang diketuai oleh pengurus pasukan Rashid Ghani dan pasukan Kota Kinabalu (kiri Johnson) yang diketuai oleh Nurshaneem Shamsuddin di SAGA VIII Sandakan 2017 pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia